`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

10 APRIL 2024

Wednesday, October 30, 2013

Struktur haram restoran diroboh!!

Pakatan Harapan Rakyat in Serdang, Negeri Sembilan
Struktur haram restoran diroboh!!

SERDANG - Tidak cukup melanggar undang-undang dengan mendirikan restoran secara haram, pengusaha sebuah premis makanan di sini sanggup pula mencabar pihak berkuasa dengan menyewakan lot gerai dibina kepada peniaga warga asing sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan permit perniagaan kepada pengusaha terbabit sebelum ini untuk menjual makanan.

Bagaimanapun, pengusaha dikatakan menyalah guna kebenaran diberi dengan mendirikan sebuah lagi binaan bersebelahan premis sedia ada.

Kewujudan struktur binaan baru itu diakwa menimbulkan risiko kepada orang awam kerana terletak sangat hampir dengan jalan utama.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas aduan orang ramai, 56 anggota penguatkuasa menyerbu premis terletak di Jalan Serdang Perdana, kelmarin.

Menurutnya, pihaknya menerima aduan kewujudan premis haram terletak hampir dengan sebuah pusat beli-belah di sini menimbulkan bahaya kepada pengguna jalanraya dan juga pejalan kaki di kawasan itu.

Selepas notis dikeluarkan, pengusaha jelasnya didapati enggan merobohkan struktur bersebelahan premis dan menyewakan tapak tersebut kepada perniaga lain termasuk warga asing.

“Majlis mengambil tindakan  menarik balik permit perniagaan yang diberikan sebelum ini kerana pengusaha tidak mengikut peraturan ditetapkan.

“Pembinaan haram terbabit diroboh dan peralatan perniagaan disita,”katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, tindakan diambil bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Penjaja MPSJ 2007 kerana menjaja tanpa lesen dari MPSJ dan berdepan denda maksimum sebanyak RM 1,000.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.