`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 30, 2013

Adun Lenggeng dakwa wujud politik wang dalam pemilihan Umno

“Jika benar saya ditolak oleh ahli Umno Seremban, kenapa hampir semua ‘orang-orang’ (line-up) saya menang di Bahagian Seremban?
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, 62, mendakwa wujud elemen politik wang dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno Seremban baru-baru ini.
Selepas menyandang jawatan Ketua Bahagian Umno Seremban selama 25 tahun, akhirnya Ishak dikalahkan oleh ADUN Ampangan, Abu Ubaidah Redza yang kini Ketua Bahagian Umno Seremban yang baru.
“Ada perwakilan yang mengadu pada saya bahawa dua hari sebelum hari pemilihan, ada perwakilan yang cuba disogok dengan wang untuk memastikan saya kalah.
“Saya boleh terima jika benar ahli Umno tidak mahu saya. Tetapi apa yang berlaku ialah perwakilan disogok oleh pihak tertentu untuk memastikan saya kalah.
“Jika benar saya ditolak oleh ahli Umno Seremban, kenapa hampir semua ‘orang-orang’ (line-up) saya menang di Bahagian Seremban?
“Timbalan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Zakaria Nordin; Naib Ketua Bahagian Umno Seremban, Abdul Ghani Mohamad Daud dan 16 Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Seremban daripada 20 Ahli Jawatankuasa Bahagian yang menang ialah ‘orang-orang’ saya.
“Ketua Wanita Umno Seremban, Datuk Samsiah Samsudin juga ‘orang’ saya. Cuma Ketua Pemuda Umno Seremban dan Ketua Puteri Umno Seremban sahaja bukan ‘orang’ saya.
Sasaran
“Ini menunjukkan hanya saya seorang sahaja dijadikan sasaran (dengan menyogok perwakilan) untuk memastikan saya kalah pada pemilihan Umno Bahagian Seremban kali ini. Malah saya kesal ada penyokong saya turut berpaling tadah dengan memberikan undi kepada pencabar saya.
“Apa yang  saya nyatakan ialah pada setiap hari Jumaat iaitu hari menerima aduan rakyat, Pusat Khidmat ADUN Lenggeng milik saya penuh dengan orang ramai
“Ini bukti saya masih diterima oleh rakyat termasuk ahli Umno Bahagian Seremban,” kata Ishak.
Ishak juga menyatakan pandangan beliau yang kurang bersetuju dengan peraturan baru pemilihan Umno secara umumnya apabila Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian menjadi perwakilan otomatik.
“Dulu hanya Ketua Cawangan Umno yang menjadi perwakilan otomatik. Selebihnya dipilih. Maka dulu ahli Umno terpilih menjadi perwakilan biasanya mereka yang telah melalui proses perjuangan dalam Umno.
“Tapi kini ramai yang menjadi Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian untuk kali pertama dan mereka mungkin mudah disogok kerana mereka tidak melalui proses perjuangan Umno yang sebenar.
“Malah ada yang masuk bertanding dalam pemilihan Umno barangkali untuk glamour,” ujar Ishak.
Ishak berkata beliau telah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Seremban berhubung dakwaan beliau bahawa wujudnya elemen politik wang dalam Pemilihan Bahagian Umno Seremban.
Pada pemilihan tersebut Ishak mendapat 195 undi, manakala Abu Ubaidah yang kali pertama bertanding sebagai calon PIlihan Raya Umum yang ke-13; yang juga Exco Kerajaan Negeri menerima 243 undi.
Seorang lagi calon, Datuk Mohd Yusop Harmain Shah yang merupakan Setiausaha Kerja Umno Negeri Sembilan, memperolehi 15 undi sahaja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.