`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Wednesday, October 30, 2013

Satu Malaysia Kena Tipu Dengan KDN, Kawalan Prima Masih Beroperasi Lapor Wartawan!


Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Kena tikam dengan orang sendiri. Bukan wartawan dari berita pro pembangkang ataupun alternatif  [bebas] beb. Tapi ini geng2 pro UMNO - BN sendiri yang dedahkan beb.

Apa sudah jadi?

Patutlah. Aku pun dok heran pasai apa bloggers UMNO dok bantai KDN dan PDRM sejak tadi. Benda neh dah main lama kat blog aku. Tapi depa baru la neh nak sahut. Aku dok perhatikan aje. Aku rasa ini mesti ada sesuatu neh. Rupany2.. memang ada sesuatu. Yang belakang2 tue kita jangan citer.

Buat pening aku jek nak susun ayat.

Cukup korang tahu benda yang depan2 aje.

KAH KAH KAH

Oke.

Menurut Malay Mail ;

1. Syarikat keselamatan yang didakwa = Kawalan Prima or PRIMA SECURITY masih beroperasi macam biasa meskipun kementerian KDN telah pun mengeluarkan statement media bahawa syarikat tersebut telah dibatalkan lesen nya.

2. Bagi yang kurang jelas, Zahid Hamidi ada juga keluarkan statement bahawa KDN beri masa kepada syarikat tersebut untuk kemukakan rayuan. Meskipun, sebelum itu salah seorang pegawai kanan KDN telah keluarkan kenyataan bahawa KDN dengan tegas telah menarikbalik lesen syarikat keselamatan tersebut dengan serta merta [tanpa kompromi].

3. Kenyataan bercanggah ini agak memelikkan aku. Hehe.

4. Sambung balik pendedahan oleh The Malay Mail.

5. Wartawan TMM [The Malay Mail] telah ke lokasi kejadian. Ambank. 

6. Apa yang mereka dapati ialah syarikat keselamatan tersebut masih lagi beroperasi seperti biasa. Masih lagi memberikan perkhidmatan mereka kepada Ambank. Meskipun menteri kata lesen syarikat telah ditarikbalik.

7. Jurucakap daripada Ambank dilaporkan berkata kepada wartawan TMM bahawa apa yang KP [Kawalan Prima] terima hanyalah surat amaran aka surat tunjuk sebab. Bukan penarikan balik lesen syarikat mereka.

8. Seterusnya wartawan TMM cuba mendapatkan pengesahan daripada pihak KP itu sendiri. Jawapan yang mereka terima ialah syarikat KP tidak ditarikbalik lesen perkhidmatan mereka. Syarikat tersebut enggan memberikan apa2 respon terhadap insiden rompak dan bunuh staff Ambank namun mereka mengesahkan bahawa syarikat mereka tidak melakukan apa2 kesalahan dan mereka masih beroperasi seperti biasa. Penjelasan telah dimaklumkan kepada pihak2 tertentu dan perlu.

9. Semakan wartawan TMM mendapati bahawa staff Ambank tidak 'gembira' dengan perkembangan situasi ini. Pun begitu mereka juga tidak selesa memperkatakan hal ini secara terbuka dan lanjut kerana babitkan polisi syarikat.

Rujukan : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/kawalan-prima-licence-revoked-but-operating-as-usual

Setelah membaca laporan oleh TMM ini aku dapati ianya semakin mencurigakan. Kerana apa ek? Kerana menteri aku cakapnya depan press lain. Tapi tindakan nya lain.

Kat depan media pongpang2. Lesen dah ditarikbalik.

Tapi hakikatnya? Kebenaran nya? Fakta nya? Adakah benar lesen syarikat tersebut ditarikbalik? Nampaknya tidak woooo..

Apa pun aku tak la nak kata syarikat keselamatan neh 100% salah. Pasal bila aku perhalusi betul2 statement demi statement yang dikeluarkan di media, aku dapati ;

Yang berkuasa check IC, dorang. Yang berkuasa bagi lesen senjata api pun dorang. Yang berkuasa untuk buat screening ID, background apa seme pun dorang. 

Jadi apa tak apa yang aku cuba nak sampaikan neh?

Hah, kalau faham baguslah.

Nak tahu kesudahan kes neh senang jer. Ikut je arah 'wang' berjalan. Di mana ada wang, disitu ada peluang.

Erkkk..

KAH KAH KAH

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.