Tidaklah Allah Ta'ala syari'atkan sesuatu kecuali ada kebaikan besar di dalamnya. Tidak pula Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam perintahkan kecuali kebaikan. Tidak pula kambing disyari'atkan sebagai sembelihan qurban dan aqiqah kecuali pasti ada kebaikan besar di dalamnya.
Andai kata kambing termasuk makanan yang merosakkan kesihatan, membahayakan keselamatan fizikal atau mengancam akal manusia nescaya tidak akan disyariatkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala kepada kita. Jika sesuatu disyari'atkan pasti ada kebaikan besar di dalamnya. Demikian pula kambing.
Khusus berkenaan dengan kambing, mari kita ingat sabda Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam:
اتخذوا الغنم فإن فيها بركة
" Peliharalah oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah. " ( HR. Ahmad).
Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud"Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).
Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.
Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak)
*Diterjemah dan diambil dari pelbagai sumber
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.