`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 14, 2013

Bas Percuma: Burukkan Keadaan Kewangan Prasarana


BeritaGEORGETOWN - Pengusaha pengangkutan awam, Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) menegaskan kedudukan kewangannya akan bertambah buruk jika menerima geran tahunan RM10 juta dari kerajaan negeri untuk menyediakan perkhidmatan bas awam percuma.

Pengarah urusan kumpulan Datuk Shahril Mokhtar berkata, Prasarana telah mengadakan perbincangan terbuka dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri dan menyatakan bahawa syarikat itu akan kerugian jika pengangkutan percuma disediakan semasa waktu puncak sekalipun ada geran dari kerajaan negeri. 

Beliau mengulas kenyataan media ketua menteri Lim Guan Eng bahawa Prasarana boleh mengurangkan kerugiannya RM763 juta pada 2011 dengan menerima geran tahunan itu untuk menyediakan pengangkutan percuma bagi tujuh waktu puncak.

"Lim tidak wajar memanipulasi perkara ini. Kami telah mengadakan perbincangan terbuka dengan pegawai kerajaan negeri dan masih menunggu respons daripada mereka," kata Shahril dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa geran yang ditawarkan itu adalah kurang daripada hasil yang dijana Rapid Penang.- Bernama/SH 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.