`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 3, 2013

Gaji minima: PSM bidas kenyataan bercanggah Riot

Kini sudah 10 bulan dan nampaknya semakin hari semakin jelas bahawa Akta Gaji Minima gagal dilaksanakan, kata S Arutchelvan.
PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) membidas Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot yang mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung isu pelaksanaan Akta Gaji Minima.
“Kini sudah 10 bulan dan nampaknya semakin hari semakin jelas bahawa Akta Gaji Minima gagal dilaksanakan,” kata setiausaha agung S Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, gaji minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak yang diumumkan pada 1 Januari 2013 masih belum dilaksanakan dengan sepenuhnya untuk para pekerja di negara ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima aduan terhadap lebih 200 majikan yang tidak melaksanakan Akta Gaji Minima.
Tegas beliau, “mereka juga melakukan pelbagai manipulasi seperti memasukkan elaun dalam gaji minima, tambah hari kerja, menghentikan elaun pengangkutan, menghentikan bayaran lebih masa dan banyak lagi untuk mengelak daripada pelaksanaan gaji minima.
“Apa yang mendukacitakan kami bukannya manipulasi majikan tetapi peranan Kementerian Sumber Manusia (KSM),” katanya.
Menurutnya, Riot dalam akhbar The Star 24 September lalu berkata tiada sebarang aduan tentang gaji minima diterima oleh KSM sejak pelaksanaan Akta tersebut.
Ujar Arutchelvan, “ini adalah satu pembohongan besar di mana PSM telah menyerahkan lebih 100 aduan terhadap majikan yang melanggar Polisi Gaji Minima. Lebih 100 aduan ini melibatkan ribuan pekerja tempatan dan luar negeri.
Riot juga dipetik Bernama pada 27 Ogos lalu mengatakan bahawa pihaknya tidak akan memberi sebarang kelonggaran kepada mana-mana syarikat mulai Ogos 2013 daripada pelaksanaan gaji minima.
“Tetapi Menteri berkenaan pada 1 Oktober lalu mengatakan bahawa kesemua 600,000 Syarikat Kecil dan Sederhana (SMEs) telah diberi kelonggaran daripada melaksanakannya sehingga Disember 2013.
“Kenyataan-kenyataan dari KSM memberi gambaran bahawa kerajaan tidak konsisten dan tidak serius dalam pelaksanaan Polisi Gaji Minima malah seolah-olah bersekongkol dengan para majikan untuk tidak melaksanakan Akta Gaji Minima,” jelas Arutchelvan.
Beliau berkata PSM kecewa kerana nasihat dan cadangan pihaknya untuk membantu SMEs tidak diendahkan.
“Ini kerana selagi tiada satu pendekatan serius untuk menyelesaikan masalah SMEs, maka selagi itulah tidak akan ada pelaksanaan gaji minima secara keseluruhan bagi pekerja di Malaysia. Oleh itu kami mencadangkan:
  • Memberi subsidi kepada syarikat yang hanya membayar gaji minima. Sebelum ini banyak kali kerajaan bail-out (menyelamatkan) majikan besar semasa krisis ekonomi. Mengapa SME tidak boleh dibantu untuk dibayar gaji minima padahal jika pekerja mendapat gaji munasabah, maka mereka akan membelanjakan wang kembali ke dalam sistem ekonomi negara.
  • Mengecualikan firma kecil daripada bayaran cukai untuk satu tempoh;
  • Menawarkan letrik dengan kadar yang lebih rendah untuk satu tempoh masa bagi syarikat SMEs.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.