`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 18, 2013

ISU MEMPERTIKAIKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH ... JEMAAH MENTERI KABINET KERAJAAN UMNO/BN 1M'SIA TELAH LANGGAR "FATWA" NOH GADUT!!!!



SHAH ALAM: Kalimah ‘Allah’ boleh digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dalam upacara ibadat mereka, termasuk di dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu, kata seorang menteri Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dipetik sebagai berkata Kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya semalam.

Beliau berkata Kabinet memutuskan untuk berpegang kepada penyelesaian 10 perkara, yang membenarkan pengimportan dan pencetakan Bible dalam mana-mana bahasa di Malaysia, termasuk al-Kitab yang menggunakan kalimah ‘Allah’.

"Kabinet telah membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan kerana isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Mereka bimbang Bible Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah ‘Alah’ akan diharamkan. Justeru Kabinet merasakan perlu ada penjelasan,” beliau dipetik oleh akhbar Sin Chew Jit Poh.

Kurup menambah Kabinet akan mengikuti kes berkenaan dengan teliti, disebabkan oleh tahap kebimbangan yang timbul di kalangan masyarakat.

Penyelesaian 10 perkara, antara lain juga menyatakan tidak ada halangan bagi penganut Kristian untuk membawa Bible dalam apa bahasa dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.

Bagaimanapun, Bible dalam Bahasa Melayu atau Indonesia yang dibawa masuk atau dicetak di semenanjung mestilah dicetak dengan perkataan ‘Penerbitan Kristian’ pada muka hadapannya.

Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan Katolik, The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam versi Bahasa Melayunya.

Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 itu membawa kepada serangan ke atas tempat ibadat penganut Kristian dan Sikh.

The Herald akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu di Mahkamah Persekutuan.

APAKAH DENGAN INI,  MAKA SEMUA JEMAAH MENTERI YANG BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM TELAH MENJADI MURTAD DAN KAFIR?????


MOHON NOH GADUT BERIKAN SEDIKIT PENCERAHAN SAEBAB JEMAAH MENTERI SUDAH LANGGAR FATWA ANDA YANG CUKUP HEBAT ITU!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.