`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 4, 2013

Mana tak kos sewaan Jet VVIP RM80.53 juta.. pergi makan kenduri pun guna jet..


Isu kerajaan berbelanja lebih untuk menyenggara pesawat perdana menteri tidak timbul kerana pesawat itu bukan sahaja dikhususkan untuk kegunaan perdana menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara memiliki tujuh jet eksekutif untuk digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri dan timbalan perdana menteri bagi memastikan urusan rasmi negara berjalan lancar.

"Penyenggaraan dibuat oleh syarikat-syarikat yang ditentukan. Kalau kita tidak senggara, akan bahaya kerana ini adalah soal keselamatan pemimpin negara. 

"Kosnya juga berdasarkan kepada harga yang ditentukan pihak penyenggara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming mengadakan sidang akhbar untuk mengulas jawapan bertulis yang diterima daripada Shahidan mengenai perkara itu.

Dalam jawapan bertulis itu, Shahidan berkata kerajaan membelanjakan USD25.2 juta (RM80.53 juta) untuk kos sewaan, RM16.515 juta untuk kos penyenggaraan dan RM3.32 juta untuk kos penambahbaikan pesawat VVIP dari tahun 2010 hingga 2012.

Perbelanjaan itu melibatkan rutin berjadual mengikut peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, katanya.

Shahidan berkata jika perdana menteri menggunakan penerbangan biasa, beliau akan mengambil lebih masa untuk tiba ke sesuatu destinasi, berbanding jet eksekutif.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Nov ini, Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, berkata Umno Perlis akan menggerakkan 2,000 anggota untuk membantu pilihan raya kecil itu bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional. - Bernama

... Tak adalah pulak Shahidan Kassim sebut Bekas Perdana Menteri pun diberi keistimewaan menggunakan jet eksekutif milik negara tu untuk pergi makan kenduri seperti macai UMNO kata kat ( SINI ) tu..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.