`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 1, 2013

Papagomo Guna 10 Kaki Pukul Halang Bekas Isteri


Kuala Lumpur: “Tolonglah pulangkan Sandran dan Lily. Saya amat rindukan mereka. Sepatutnya kita selesaikan masalah ini secara adil bukan dengan melarikan mereka,” luah hati seorang ibu, Bellina Omar Shaifuddin Chin, 28, kepada bekas suaminya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, yang juga seorang blogger terkenal.

Katanya, tindakan bekas suaminya melarikan dua anak perempuan mereka Wan Cassandra, 4, dan Wan Camillea, setahun, boleh disifatkan sebagai perbuatan kejam memandangkan mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.


Menurutnya, pada 4 Februari lalu, dia menyerahkan Sandran dan Lily kepada bekas suaminya itu selepas meminta kebenaran membawa kedua-dua anak mereka pulang ke kampung halaman di Taman Universiti, Johor Bahru selama tiga hari.

Bagaimanapun, selepas tiga hari, bekas suaminya mendiamkan diri, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi sehingga memaksanya membuat laporan polis.

“Saya sudah agak mesti ada sesuatu buruk akan berlaku. Tapi, bila mengenangkan anak masih kecil dan memerlukan kasih-sayang seorang bapa, saya benarkan mereka berjumpa ayah mereka.

“Dia (bekas suami) selalu mungkir janji kerana menghantar anak lebih daripada waktu dijanjikan, namun saya tidak menyangka itu kali terakhir saya melihat mereka,” katanya yang bercerai dengan bekas suaminya pada September tahun lalu. Menurut Bellina, selepas seminggu, dia pergi ke pejabat bekas suaminya itu di Danau Kota, Setapak untuk mencari kedua-dua anaknya selepas gagal mencari mereka di rumah tidak jauh dari pejabat itu. -1/10/13

“Sebaik tiba di pekarangan pejabat, saya nampak bekas suami, anak dan isteri barunya di dalam kereta. Saya cuba hampiri kereta itu, tapi gagal kerana bekas suami mengarahkan hampir 10 lelaki menghalang saya.

“Kami bergelut dan saya berjaya merampas anak sulung. Kemudian bekas suami menunjukkan surat hak penjagaan sementara yang dikeluarkan mahkamah tanpa pengetahuan saya.

“Saya terkejut bila mendapat tahu bekas suami memfitnah saya bagi mendapatkan hak penjagaan sementara itu. Selama ini, saya hanya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan apabila bekas suami memalukan saya di laman sosial dan Internet, tapi tidak sangka dia buat begini pula,” katanya.

Berikutan itu, Bellina membuat hampir 20 laporan polis untuk mendapatkan semula hak penjagaan kedua-dua anaknya.

“Kalau betul apa yang bekas suami beritahu hakim mengenai cara saya mendidik anak, saya mahu dia membuktikannya. Anak sulung saya pandai mengaji, malah pernah memenangi pertandingan bayi pintar ketika usia dua tahun.

“Saya sayang Sandran dan Lily dan tidak pernah mahu menghancurkan masa depan mereka seperti dikatakan. Hanya Tuhan tahu bagaimana hidup saya tanpa mereka,” katanya.

“Saya juga tidak mahu bergaduh atau mengaibkan mana-mana pihak. Bekas suami juga sudah berkahwin lain seminggu selepas perceraian kami dan sepatutnya menumpukan perhatian kepada keluarga barunya,” katanya.

Menurutnya, dia merayu agar bekas suaminya memulangkan semula anak dengan cara baik dan menyelesaikan persengketaan yang berlaku demi masa depan kanak-kanak itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.