`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 17, 2013

Pejabat Zakat mana?.. Nak tunggu Gereja bantu ke?


Setiap hari seorang ibu tunggal di Kampung Kubang Pak Hitam di sini akan memanjat bilik yang dibina dengan paras sedikit tinggi untuk menguruskan dua anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU).  

Rokiah Mamat, 56, berkata, bilik berkenaan dibina bagi kemudahan ketika menghadapi musim banjir.  

Menurutnya, memandangkan dia masih menyara dua anaknya maka ruang itu digunakan sebagai bilik tidur mereka.

Disebabkan kedudukan bilik yang tinggi malah tidak dilengkapi dengan tangga, dua anaknya, Mohd Rozmi Yusof, 36, dan Norma Yusof, 17, tidak turun untuk jangka masa yang agak lama.

“Di usia begini saya tak larat nak papah mereka turun ke bawah atau bawa mereka semula ke atas.  

“Mujurlah Norma mampu berjalan maka ia memudahkannya untuk melakukan kerja rumah,” katanya yang terpaksa menoreh getah sebagai sumber pendapatan.

Rokiah berkata, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima oleh Rozmi digunakan sepenuhnya untuk keperluan hariannya.

Dia berkata, dia tidak mampu untuk membaik pulih rumah mahupun membina tangga untuk kemudahan mereka.

Katanya, setiap kali keluar bekerja mencari rezeki, dia risau memikirkan keselamatan dua anaknya itu, sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini ~ Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.