`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 12, 2013

‘Pekida bukan samseng, Tiga Line bukan ahli kami’

Kalau ahli kami buat salah, polis boleh tangkap, undang-undang tetap undang-undang tetapi banyak orang guna nama Pekida, kata bos Pekida.
Bahagian 3
PETALING JAYA: Setiap kali isu mengenai samseng di kalangan Melayu muncul, nama Pekida akan dikaitkan, seolah-olah mereka mengenali NGO itu sebagai kumpulan samseng sekaligus menengelamkan matlamat penubuhan Pekida.
YDP Pekida Wilayah Persekutuan Datuk Roslan Dahaman menangis apabila orang ramai menganggap NGO yang diketuainya sejak lapan tahun lalu dituduh sebagai kumpulan samseng.
“Susah hendak menghapuskan tuduhan ini. Dari segi apa kata Pekida samseng? Yang buat orang lain, nama buruk Pekida. Kami berdaftar, samseng tidak berdaftar.
“Pekida tidak terbabit dengan kegiatan samseng…kita juga tidak melindungi ahli yang melakukan samseng.
“Undang-undang tetap undang-undang. Kami tidak ajar ahli buat jahat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Roslan yang kini berumur 58 tahun juga menolak dakwaan ahli satu lagi kumpulan Melayu iaitu Tiga Line adalah ahli Pekida.
“Tiga Line bukan ahli kami, dulu mereka ahli Pekida tetapi sudah keluar, jadi mereka bukan ahli kami lagi,” tegasnya.
Tiga Line merupakan salah satu kumpulan yang diisytiharkan pertubuhan haram oleh polis.
Beliau tegas menolak tohmahan mahu pun dakwaan Pekida kumpulan samseng Melayu atau menggalakkan ahlinya menjadi samseng.
Kebal undang-undang?
Satu lagi dakwaan ialah ahli Pekida kebal dari tindakan undang-undang.
Roslan mendakwa, Pekida mempunyai kira-kira tiga juta ahli di seluruh negara, malangnya tidak mendapat sesen pun bantuan dari kerajaan.
“Kalau ahli kami buat salah, polis boleh tangkap, undang-undang tetap undang-undang tetapi banyak orang guna nama Pekida.
“Banyak orang guna nama Pekida kerana kami top. Dalam pengetahuan saya, tidak ada ahli Pekida yang ditahan dalam Ops Cantas Khas.
“Tetapi kalau dia ditangkap, tanggung sendiri, Pekida tidak akan bela. Benarkah Pekida yang buat jahat, tengok kad dia, adakah dia ahli Pekida,” tambahnya.
Menurut Roslan lagi, beberapa pertubuhan serpihan yang diasaskan  oleh bekas ahli Pekida tidak ada kena mengena dengan pertubuhan itu.
Beliau bagaimanapun mengakui orang melihat kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh ahli serpihan itu telah memberi nama buruk kepada Pekida.
“Orang anggap Pekida yang buat, sedangkan pihak lain, ini semua merosakkan nama Pekida,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.