`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 12, 2013

Pemilihan UMNO 2013: Mas Ermiyati mendahului sokongan untuk jawatan Ketua Puteri


12/10/2013 5:01pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh bahagian Pergerakan Puteri UMNO memilih Mas Ermiyati Samsudin sebagai calon Ketua Puteri UMNO mendahului Jamilah Hanim Othman yang hanya mendapat sokongan dua bahagian sahaja sehingga pukul empat petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli berkata, tujuh bahagian yang menyokong Mas Ermiyati ialah Sungai Petani, Tambun, Jempol, Sekinchan, Labis, Kota Melaka dan Tapah.
Dua bahagian yang menyokong Jamilah Hanim ialah Simpang Renggam dan Pasir Gudang.
Sementara itu, calon Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil mendapat sokongan daripada bahagian Labuan manakala dua pecabarnya masih tiada sokongan.
Untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO, tiada keputusan rasmi diketahui setakat ini. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.