
Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja. Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekali gus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang. Identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui. Pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Identiti sebenar suspek juga masih dalam siasatan.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.