Saham FGVH hanya tinggal RM2.13 sesaham pada hari ini. Kenyataan Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mengaitkannya dengan pasaran dunia amat melucukan. Ketinggalan keretapi dia...
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) telah membuat sekian banyak analisis mengenai unjuran ekonomi dunia, kejatuhan harga komoditi, kos tanam semula pokok sawit tua dan ketidak stabilan urusniaga global yang menjadi petunjuk risiko kepada penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Perbincangan di buat melalui konvensyen, wacana dan penyerahan memorandum di serah kepada SKMM, Bank Negara, Suruhanjaya Securiti dan YAB Perdana Menteri sendiri.
Ia kemudiannya dibukukan oleh Penasihat Ekonomi ANAK, Dr Rosli Yaakop melalui bukunya, ' Penyenaraian FGVH, menang sorak kampung tergadai'. Di hurai secara berfakta melalui semua dokumen yang diperolehi dari berbagai sumber.
Selepas dua tahun FGVH di senaraikan, iaitu 28 jun 2012; pada kadar terbitan RM4.55 Sesaham, dengan penurunan saham lebih 50%, baru sekarang Dato' Razali Ibrahim menyalahkan pasaran dunia???
Yang dulunya pemimpin UMNO terjerit2 mempertahankan penyenaraian FGVH di mana mereka sekarang?
Lebih dahsyat, Dato' Razali tidak menyalahkan Felda atas apa yang berlaku. Episod yang pedih dari zaman Dato' Bakee, kemudian Dato' Sabri, hinggalah pada Tan Sri Isa Samad; pengurusan Felda tidak salah?
Isa Samad pecat Dato' Dzulkifly Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda, sekarang Dato' Faizoull Ahmad, hingga haru biru Felda; Dato' Razali masih berselindung lagi?
Kesian pada beliau yang begitu naif mengenai keadaan Felda waktu ini. Atau enggan berterus terang mengenai dalaman Felda yang sedang parah!
Saya telah menghantar surat susulan kepada Tan Sri Isa Samad untuk bertemu, setelah gagal pada 23 dis lalu. Saya juga masih menunggu jawapan balas dari Dato' Razali mengenai tarikh baru perbincangan dua hala seperti yang dimaklumi bersama. Mari kita berbincang, ketepikan sentimen, demi kepentingan rakyat.
1.5 juta warga Felda samada Peneroka, Generasi ke 2 dan kakitangan kumpulan Felda sedang menanti tindakan Kerajaan mengenai masadepan FGVH yang sahamnya turun dan terus turun pada waktu ini. Ada orang kata, adatlah main saham, ada turun naik. HEBATnya saham FGVH, turun turun turun, tak naik naik!
Macam Amanah Saham Johor, turun turun turun, tinggal 15 sen, akhirnya lingkup!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.