Daripada bertanya mengapa harga barang tidak turun, elok kita tanya mengapa pendapatan tidak naik? Atau jangan suruh rakyat boikot penjual dan pembekal- suruh rakyat makan kurang.
Bukankah kerajaan suka kata- kurangkan makan itu dan ini supaya badan jadi sihat, kencing manis kurang, darah tinggi menurun?
Kurang makan ayam, ikan, sayur dan beras. Atau kerana kerajaan suka intervene dalam pasaran, mengapa tidak kerajaan bertindak sebagai pembekal dengan meliberalkan sumber bekalan?
Saya tak lah sampai hati nak suruh sahabat saya orang Pahang, menteri pertanian jadi penjual makanan dan sebagainya. Takkan lah kaki tangan kementerian asas tani beratur tepi jalan jual sayur dan ikan. Kalau Tajudin Rahman yang jual tepi jalan, pembeli lari tengok muka dia yang bengis.
Seingat saya, kakitangan kementerian Pertanian bertindak sebagai pengeluar makanan semasa Sanusi Junid jadi menteri pertanian. Itu pun kerana semua orang tahu Sanusi Junid gila gila orang nya.
Saya hanya mohon menteri pertanian membanyakkan sumber bekalan makanan dan barangan lain.
Jika ada satu pembekal beras, buka pasaran supaya semua orang boleh impot beras dari mana sahaja. Paling baik, musnahkan monopoli BERNAS. Buka pasaran untuk impot makanan lain. Jangan beri AP kepada kawan2 UMNO sahaja. Pecahkan monopoli impot bawang putih dan bawang merah.
Tapi situ pun ada masaalah. Kerajaan umno telah memusnahkan ekonomi dan merosakkan kredibiliti ekonomi negara kita, menyebabkan kos impot naik. Harga Ringgit jatuh merudum- sekarang RM3.60-363 kepada 1USD. Jika import kita dalam USD, ertinya, semua makanan yang kita impot menjadi mahal.
Jadi kita tanya kerajaan, mengapa awak tidak kukuhkan matawang RM?
Baik kita boikot kerajaan yang incompetent mengurus ekonomi kita.
Rakyat lebih suka pendapatan naik dari membising menurunkan harga. Harga kalau sudah naik, sukar mahu turun sebab rakyat faham manakala menteri tidak faham ekonomi- prices are sticky downwards.
Kos hidup semakin meningkat. Harga barang makan mengikut Index Pengguna semua nya naik- termasuk harga kangkung.
Mengikut jabatan perangkaan Malaysia; index harga pengguna naik 2.7% pada bulan Disember. Harga makanan dan minuman bukan alcohol naik pada kadar purata 2.4%. harga Kangkung yang Najib duduk jerit sana sini pun naik 2.8%. harga ayam, telur ayan, mentimun , kalian pun naik.
Jadi mengapa tak tanya apa pasal tidak naikkan pendapatan? Atau berani atau tidak menteri pertanian atau sesiapa istihar, kita turunkan pendapatan orang ramai kerana sekarang harga barang sudah turun?
Ini bukan cara mengurus ekonomi negara. Jangan kita pandir sangat dan mencetuskan huru hara. Kita jangan khuatir lah dengan sokongan beberapa bekas pemimpin UMNO ynag membawa banner Je suis Ismail Sabri- entah2 antara mereka itu pemegang AP makanan yang besar.
Kita kena selidik keseluruhan rantaian bekalan. Betul harga minyak dan disel turun, tapi gaji perkeja naik atau tidak? Kos pengendalian naik atau tidak? Kos spare parts kenderaaan naik atau tidak ?
Jadi isiu harga barangan kehidupan liat turun bukan lah isiu perkauman sangat. .
Orang Melayu masih tidak faham. Bahaya yang kita berdepan bukan nya perkelahian antara Melayu dengan cina atau dengan bangsa lain. Cerita berkelahi dengan cina timbul bila kerajaan UMNO hendak tutup mata orang dan mengalih pandangan masyarakat dari tatakelola mereka yang buruk.
Posted by sakmongkol AK47
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.