Semalam bumi padang pasir tandus Arab Saudi dilanda salji dan sebahagian besarnya wilayah Al-Aqlan di Tabuk.
Ia dipercayai ekoran tempias cuaca sejuk yang kini sedang melanda Turki, Jordan, wilayah Palestin dan Lubnan.
Laporan Associated Press (AP) menyebut bahawa jurucakap media bagi Jabatan Pertahanan Awam Tabuk, Kolonel Mamdouh Al-Enzi berkata, pihaknya sedang membuat persiapan menghadapi kemungkinan cuaca buruk.
Beliau menasihatkan penduduk supaya berhati-hati semasa memandu dan mengelak kawasan lembah dan kawasan berbahaya.
Salji dijangka meliputi beberapa kawasan di utara Arab Saudi minggu ini termasuk di Al-Jouf, Rafah dan Tareef.
Arab Saudi turut dilapor menerima salji pada awal Januari lalu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.