`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 28, 2015

PERMATA NEGARA (Rosmah) dapat RM711 juta dalam Bajet 2015

Permata Negara terima lebih RM51 juta untuk 88 pusat jagaan anak

 Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, peruntukan itu adalah untuk melaksanakan program Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni, Perkasa Remaja dan Permata Kurnia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 April, 2015.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, peruntukan itu adalah untuk melaksanakan program Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni, Perkasa Remaja dan Permata Kurnia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 April, 2015.

Datuk Seri Shahidan Kassim mengatakan Permata Negara menerima peruntukan RM51,248,399 yang digunakan untuk pengurusan dan pengoperasian 88 pusat anak Permata negara termasuk pembayaran emolumen tenaga pendidikan.

Menurut menteri di jabatan perdana menteri itu, peruntukan itu adalah untuk melaksanakan program Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni, Perkasa Remaja dan Permata Kurnia.

"Sebanyak RM4,037,500 pula bagi pembinaan pusat anak Permata baharu di Parlimen Jeram, Subang, Gopeng, Kuala Krai dan Tanah Merah," katanya di Dewan Negara hari ini seperti dilaporkan Bernama.

Permata Negara merupakan program pendidikan awal diasaskan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan diberikan peruntukan sebanyak RM711 juta dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak akhir tahun lalu.

Beliau berkata, pada masa ni sebanyak 18,467 kanak-kanak mengikuti program Permata Negara di 742 Taska di 128 daerah di seluruh negara melibatkan 3,663 pendidik.

Menurut Shahidan, kurikulum program Permata Negara boleh diperluas ke peringkat swasta sebagai satu daripada usaha membantu meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak bawah umur empat tahun.

Beliau berkata keberkesanan program itu terbukti apabila beberapa agensi dalam kerajaan mengguna pakai kurikulum program berkenaan dalam pembelajaran kanak-kanak.

"Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menggunakan program yang sama, yang diuruskan Permata dan agensi-agensi berkenaan.

"Pada masa ini, Kemas kami ada 448 program Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) bersama Permata dengan 9,075 anak Permata dengan jumlah pendidik seramai 1,816 orang.

"Di JPNIN pula ada 41 program yang libatkan 880 anak-anak dengan 246 pendidik," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Boon Som Inong yang ingin tahu adakah kerajaan merancang untuk memperluas Permata di peringkat Parlimen dan di kawasan luar bandar terutamanya.

Shahidan berkata selain itu, Yayasan Terengganu pula mempunyai 64 taska yang menggunakan kokurikulum program itu, dengan 3,670 anak-anak dan 628 pendidik.

"Taska Komuniti di tempat kerja kami ada 101 program melibatkan 2,525 kanak-kanak dengan 505 pendidik," katanya sambil menambah kerajaan juga berhasrat memperluas program Permata ini di semua 222 Parlimen. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.