`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 2, 2015

Rakyat dihukum lawan sekatan kebebasan bersuara – Sekretariat #KitaLawan



Penangkapan peserta dan pimpinan pakatan rakyat selepas puluhan ribu rakyat menyertai Himpunan 1 Mei Bantah GST menunjukkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hilang pedoman dan sekali lagi membuktikan tiada kebebasan untuk rakyat berhimpun secara aman.
Amaran keras beliau supaya rakyat tidak menyertai Himpunan 1 Mei gagal menyekat rakyat untuk bersuara bagi melawan kezaliman dan kerakusan regim GST.
Ugutan kepada pimpinan untuk menyerah diri atau jika tidak mereka akan berhadapan dengan tangkapan hanyalah tindakan terdesak untuk menghina, memalukan dan menghukum rakyat.
Walaupun polis gagal mendapatkan penahanan reman terhadap pimpinan, pihak polis seperti sengaja melewatkan proses pembebasan sedangkan abang IGP yang berdemonstrasi salib boleh dibersihkan nama hanya melalui panggilan telefon dan perjumpaan santai bersama polis.
Anak muda #KitaLawan langsung tidak terkesan dengan siri tangkapan setiap kali rakyat berhimpun terutamanya apabila peserta bersurai secara aman.
Tindakan tidak berpelembagaan ini sekali gus memberi keyakinan dan sebab mengapa anak muda perlu terus turun ke jalan raya.
Adakah tiada lagi kebebasan selepas rakyat berhimpun? Jika bersurai secara aman pun ditangkap, adakah lebih elok himpunan rakyat kekal berpanjangan? 
Anak muda pantang dicabar dan #KitaLawan akan terus memperjuangkan kebebasan dan membela rakyat serta menentang kezaliman, keangkuhan dan penindasan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.