`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 20, 2016

Padah Selfie: 5 Penuntut UMK Jatuh Gaung



JERTIH: Seramai lima orang pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menyertai aktiviti pendakian Bukit Kluang bersama 20 orang rakan lain dilaporkan telah terjatuh ke dalam gaung ketika hendak mengambil gambar selfie, lapor Berita Harian.

Pelajar berkenaan yang terdiri dari dua orang lelaki dan tiga orang perempuan berumur lingkungan 20 tahun dikatakan telah mula mendaki bukit tersebut ketika jam 1 tengah hari.

Bagaimanpun lima daripada mereka telah cuba mengambil gambar selfie di tepi gaung dikatakan telah tergelincir ke dalam gaung berkenaan sedalam sedalam 24 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zailani Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 1.15 tengah hari dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja bergegas ke lokasi kejadian.

"Hingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). "Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.