`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 5, 2016

[TERKINI] Hanipa Selamat Dibedah, Kini Berehat Di ICU

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin telah selamat menjalani pembedahan sekitam jam 12.50 pagi tadi dan dipindahkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) selama sehari untuk beliau berehat.

Hanipa rebah dan pengsan di Dewan Rakyat petang semalam dan telah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.


Terdahulu, Pengerusi Biro Undang-undang & Guaman Parti Amanah Negara (KANUN) itu telah dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.

"YB Sepang, Hanipa Maidin dikejar ke IJN sebentar tadi. Moga Allah permudahkan urusan beliau dan segera sembuh," kata Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan seperti tersebar di aplikasi WhatsApp sejak lewat petang semalam.

Sementara itu, Pegawai Parlimen memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110.

Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik foto insiden berkenaan di laman sosial Twitter beliau.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, timbalannya, Salahuddin Ayub, beberapa orang ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan sahabat handai turut berada di HKL bagi menziarahi Hanipa dan menunggu di bilik tetamu.

Selain dari aktif berbahas di parlimen, Hanipa sebelum ini telah bekerja keras untuk mewujudkan akhbar AMANAH dan menjadikan pejabatnya sebagai bilik operasi sehingga akhbar itu telah berjaya memperolehi permitnya dari KDN beberapa minggu lalu. Akhbar sulung AMANAH telah berada di pasaran sejak Jumaat lepas.

Mohamed Hanipa adalah Ahli Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket Pas sebelum menyertai Parti Amanah Negara tahun lalu.









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.