`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 5, 2016

Polis Tahan Polis Yang Lempang Isterinya Setelah Video Viral..


Seorang anggota polis di Felda Redong, dilihat menempeleng isterinya yang dikatakan dalam pantang, ditahan selepas satu aduan dibuat.

Ketua polis daerah Segamat berkata polis sedang menyiasat anggotanya itu bagi kesalahan keganasan rumah tangga dan sengaja mendatangkan kecederaan, lapor portal New Straits Times petang ini.

“Saya selalu ingatkan semua anggota dan kakitangan polis agar tidak melanggar undang-undang, termasuklah hal-hal rumah tangga,” kata Supt Kamil Sukarmi dalam satu kenyataan.

“Polis tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini dan tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja, walaupun dia bertugas dalam pasukan polis.”

Klip video itu, yang berlaku di pondok polis tempat anggota itu bertugas, selama 2 minit 50 saat beredar meluas di media sosial.

Menurut portal itu lagi, tidak dapat dipastikan kenapa anggota polis itu, 29, memukul isterinya, 25, yang kelihatan berbaju biru.

Seorang lagi wanita, di sisi isterinya, sedang mendukung seorang bayi dipercayai ibu mertuanya.

Kamil juga berkata anggota polis itu akan dipindahkan serta-merta dari pondok polis Felda Redong ke ibu pejabat kontinjen Johor, di Johor Baru ~ MMO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.