`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 13, 2016

Malu Dengan Gelaran "PASIK", PAS Tukar Nama Kepada Gagasan Sejahtera?

Kerjasama PAS-IKATAN lahirkan Gagasan Sejahtera 

PAS hari ini mengumumkan kerjasama politik parti itu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) kini dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. 

Mengumumkan perkara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu dipersetujui bersama antara kedua-dua parti dalam mesyuarat bersama pada 2 Ogos lalu bertempat di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 


"Persefahaman politik ini menjadi satu gagasan baharu kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya. 

"Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu blok Umno-BN. 

"Satu lagi jalur politik menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat," kata Abdul Hadi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, sebentar tadi. 

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan kanan PAS yang lain. 

Kira-kira lima bulan yang lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). 

Pembentukan blok itu, katanya, telah "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun. 

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya. 

Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara PAS dan IKATAN. 

Mengulas lanjut, Hadi berkata, pendekatan Gagasan Sejahtera akan membawa budaya politik matang dan sejahtera. 

"Kita akan memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok...menyokong kebaikan berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata. 

Malu PAS dila kena perli di media soasial dengan nama tersebut. "Politik damai dan diplomasi serta politik berasaskan penyelesian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif Gagasan Sejahtera adalah membawa penyelesian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat," katanya. 

Oleh itu ujarnya, pendekatan budaya politik matang dan sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidak stabilan sosial dan ekonomi. 

ULASAN GB 

Tak sedap agaknya nama PASIK (PAS-IKATAN), sebab dekat sangat dengan sebutan FASIK. Malu PAS asyik kena perli dengan gelaran tersebut. Lebih teruk pula dengan gelaran satu lagi yang tak sanggup GB tulis di sini, iaiatu cantuman perkataan "Jubah" dan "Bow-tie". Jadi kena cepat-cepat tukar nama jadi "Gagasan Sejahtera".

Baguslah, Tapi yang tak bagusnya ini. Presiden PAS menyebut: 

"Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu blok Umno-BN.

"Satu lagi jalur politik menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat,"

Yang satu tu dah betullah UMNO BN, terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara. 

Tetapi peliknya dia menuduh blok yang satu lagi (Pakatan Harapan, walaupun tak disebut nama) sebagaibudaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli

Siapa sebenarnya yang mengamalkan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli kalau bukan PAS? 

Siapa yang kuat memaki hamun dan sumpah seranah selama ini? 



Siapa yang mengamalkan budaya politik emosi dan politiking melampau jika bukan PAS sendiri? 


Siapa yang menimbulkan kekacauan di dalam himpunan-himpunan aman jika bukan PAS dan UMNO seperti yang berlaku di himpunan Anti-TPPA pada awal tahun ini dimana PAS mengambil kesempatan di demo tersebut memaki-hamun AMANAH? 


Siapa mengamalkan budaya politik "permusuhan dan kemarahan membuta tuli" jika bukan PAS sendiri yang kini lebih menghampiri assabiyah dan budaya ISIS? 

Perangai dan sikap ahli-ahli PAS telah menjadi lebih kasar dan hina kebelakangan ini sudah dapat kita lihat. 

Bermula dengan menanam bibit kebencian kepada golongan professional dengan mengeboo mereka di dalam beberapa muktamar yang lepas, mengugut dan mengancam nya Safwan Anang, memaki hamun dan mengancam keluarga Ustaz Miqdad Zakaria, mengugut dan mengancam nyawa seorang aktivis AMANAH Terengganu, Othman Ismail, menghalau keluar golongan progresif dan kemudian menuduh mereka pengkhianat dan kini mereka membentuk cyber-trooper PAS untuk memakihamun kumpulan yang tak sehaluan dengan mereka di media-media sosial dengan alasan orang lain selain mereka menolak hudud, menjadi balaci DAP dan seumpamanya. 






Ternyata, begitu ramai ahli PAS yang menghidap penyakit mental semenjak penubuhan AMANAH dan kelahiran Pakatan Harapan. 

Yang pasti, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Anda boleh menipu manusia, tetapi anda tidak boleh menipu Allah Yang Maha Esa. Bahawa PAS akan ditolak oleh rakyat kerana PAS telah menjadi sebuah parti ekstreme dan melampau batas, malah telah berada di dalam kesesatan yang amat nyata.. 

Dan Allah telah banyak kali mengingatkan di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak suka mereka yang melampau batas. 

"Dan janganlah kalian melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak mencintai orang-orang yang melampaui batas"
(Surah al-Maidah : 87).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.