`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 1, 2016

Majlis Konvo Universiti #AzizanOsman Pula Dipertikaikan Netizens (Video Inside).

Anda layak bergelar mahasiswa dengan hanya menghadiri seminar tentang perniagaan dan seminar bagaimana nak menjadi kaya raya. Perkara ini tidak mustahil kerana inila yang berlaku jika anda menghadiri seminar perniagaan yang dianjurkan oleh Encik Azizan Osman.

Rakaman video konvokesyen berkenaan telah dikongsikan di laman facebook dan setakat ini telah ditonton sebanyak 24 ribu kali. (Untuk melihat video, sila ke akhir artikel).

Azizan Osman setakat ini telah disahkan menipu gelaran PHDnya daripada 3 universiti yang berbeza. Laporan itu keluar selepas UM mengeluarkan kenyataan rasmi tidak pernah memberikan apa-apa gelaran kehormatan terhadap Azizan Osman yang dikenali sebagai usahawan perniagaan yang berjaya.

Sejurus disahkan menipu, Azizan Osman begitu teruk dikecam oleh netizens di media sosial namun dia memilih untuk berdiam diri. Komen-komen negatif di page rasminya juga turut dipadamkan. 

Antara kritikan yang berlegar-legar di laman sosial ; 



Sebenarnya sejak dari dulu lagi, beberapa pihak telah tampil mempertikaikan dan mengkritik Azizan Osman sebagai penipu. Namun ianya seperti tidak diendahkan. Sebaliknya si pengkritik pula dituduh sebagai pendengki dan dikatakan cuba mengacau periuk nasi kaum melayu. Bahkan ada yang lebih extreme dengan membuat tuduhan bahawanya si pengkritik tidak boleh tengok kekayaan dan kemajuan yang dimiliki oleh Azizan Osman. Adatlah yang tak berduit pasti dengki pada yang berduit, kata penyokong-penyokong Encik Azizan Osman.

Sebenarnya, dari dulu lagi pihak kami menyedari Azizan Osman membina kekayaan dengan cara menjual seminar. Lihat sahaja harga seminar yang ditawarkan oleh Azizan Osman ini ;




Nilainya mencecah ribuan ringgit!

Dengan wang sebanyak itu, kita boleh sahaja gunakan ia sebagai modal untuk membuka bisnes kecil-kecilan. Lepas menghadiri seminar dapat ijazah pula. Padahalnya bisnes pun belum mula lagi. Mana tahu berkesan ke tidak apa yang diajarinya. Begitu mudahnya manusia diperbodohkan. Itu semua gara-gara malas membaca. 


Ijazah Olok-Olok Yang Dimiliki Azizan


Contoh Ijazah Yang Dikeluarkan
Dan maklumat terbaru yang kami diterima, Azizan Osman samada menggunakan bots ataupun sememangnya memiliki sejumlah penyokong2 yang bodoh telah mengadakan kempen solidariti untuk Azizan Osman di laman facebook. Azizan setakat ini tidak mengesahkan atau mengakui melakukan penipuan atas gelaran palsu. Sebaliknya hanya mengeluarkan satu kenyataan rasmi menuntut UM membuat penjelasan. Ini dipercayai sebagai propaganda Azizan Osman kerana masih enggan mengakui kesalahannya.




Kempen solidariti mempertahankan penipuan Azizan Osman. Memang tak pelik. Di negara ini waima seseorang itu melakukan penyelewengan dan menyebabkan kematian pun ada yang sokong, inikan pula setakat menipu gelaran kehormat bagi meraih kekayaan. Apa la sangat!

Video Konvokesyen (klik sini jika gagal view video); 
 


Kredit Gambar : Tentera Troll Kebangsaan / Z.Khairil Khali.

-sozcyili.blog

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.