`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 29, 2016

SIAPA BLOGGER ‘TONG SAMPAH’ YANG DISEBUT OLEH TUN MAHATHIR?

Tersenyum saya membaca sindiran Tun Mahathir melalui artikel terbarunya di Che Det –PROPAGANDA, terhadap usaha propaganda di pihak Najib yang dilakukan oleh para macai dan balacinya.
Tun menamakan Menteri Propaganda Hitler, Joseph Goebbels sebagai contoh dan menggelar mereka yang mendalangi team propaganda Najib sebagai Goebbels kecil hahahahaha ….. saya gelarkan mereka sebagai Goebblets !
Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler
Propaganda yang dilakukan oleh Goebbels lebih kepada syok sendiri, hanya dipercayai dan diterima bulat2 oleh orang2 Nazi yang kita tahu memuja2 Hitler sebagai pemimpin mereka sedangkan dunia luar langsung tidak terkesan.
Mula2 memanglah ramai yang termakan dengan propa yang dilakukan tapi selama mana propa yang tidak memijak bumi mampu mempengaruhi minda rakyat Jerman sendiri ? Samalah dengan team propaganda Najib …. lama mana mereka mampu membohongi minda rakyat dengan bodekan2 terhadap Najib walaupun satu dunia mentertawakan Najib dengan derma pak Arabnya.
Tapi bezanya Goebbels punya kemahiran dan sistem dalam melaksanakan tugas propagandanya sementara Goebbels kecil atau Goebblets yang ada di sekeliling Najib main hentam keromo saja. Untuk seketika, Goebbels mampu menaikkan imej Hitler ke peringkat pujaan rakyat Jerman tapi Goebblets bukan saja tambah memusnahkan imej Najib di mata rakyat, dengan diri mereka sendiri menjadi bahan tertawa rakyat dengan hujah2 dangkal sehinggakan budak sekolah pun hanya mampu geleng kepala sukar untuk terima.
Tanyalah budak2 sekolah sekarang pandangan mereka mengenai Najib dan Rosmah kalau tak percaya  ……
Begitu juga propaganda melalui media milik kerajaan seperti Utusan dan TV3 …. kalau di kawasan bandar memang sudah ditolak bulat2. Cuma mungkin dikampung2 media2 ini masih lagi dilayan.

11. Sesungguhnya propaganda Najib tidak berkesan. Duit yang banyak yang di hadiah kepada Goebbels kecil ini tidak menghasil apa-apa perubahan pandangan oleh masyarakat amnya dan penentang Najib khasnya. Sebenarnya dengan pembohongan dan propaganda Najib, mereka lebih yakin tuduhan-tuduhan terhadap Najib mempunyai asas yang kuat dan benar.
12. Najib banyak duit. Oleh itu teruskanlah propaganda melalui orang yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali. Saya ucap tahniah kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan, Tengku Sarifuddin dan Rahman Dahlan kerana berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan.
Yang berjaya ditipu hanyalah ahli2 Umno yang masih buta matahati mereka, terutama Najib sendiri yang mungkin syok bila dilambung2 oleh para Goebbletsnya.
Saya tertarik kepada perenggan 9 artikel chedet itu –
9. Demikian juga dengan peralihan kesetiaan blogger Big Dog dan Rockybru. Mereka boleh nafi mereka telah dibeli, tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka. Apapun yang ditulis oleh mereka dimasukkan dalam bakul sampah.
Lain macam jer bunyinya …… jarang sangat Tun mahu sebut nama2 individu kalau mereka bukan punya kepentingan atau berjawatan.
Jadi bila Tun sebut nama blogger Big Dog dan Rockybru dalam konteks ‘peralihan kesetiaan’, pastinya menimbulkan pertanyaan. Apalagi bila Tun membakulsampahkan hasil penulisan mereka kini !
Marah bunyinya Tun Mahathir …..
Siapa lagi blogger2 Najib ni ….. bagus kalau kita dapat senaraikan mereka.
Hmmmm …. sudah tiba masanya saya kemaskinikan BLOGLIST saya mengikut kategori Blogger Najib, Blogger Bersatu dan lain2 …
Kepada para bloggers terutama yang baru, mohon kirimkan url atau alamat blog anda untuk disenaraikan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.