`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 9, 2016

MENGEJUTKAN SHAFIE APDAL & YUSOF SARANGIT PEGAWAI KEWANGAN BERSEKONGKOL RASUAH RM114.5 JUTA?


Fakta penglibatan Shafie Apdal bekas Menteri KKLW dan Datuk Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah bakal terbongkar tidak lama lagi. Pastinya kontraktor yang pernah terlibat akan membocorkan pemberian wang rasuah mereka.

Rasuah Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) iaitu Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah dan Teo Chee Kong Timbalan Pengarah direkodkan sebagai tangkapan dan rampasan terbesar SPRM.



Ringkasan Fakta Kes yang mengejutkan.
RM 52 juta tunai dirampas dari kedua-dua tertuduh.

Pengarah 45 juta, Timbalan 7.2 juta.

23 juta dari simpanan di bank

37 juta dari akaun sebuah syarikat
9 buah kereta / bertambah lagi
Barang kemas, jam dan beg tangan jenama
Wang Disyaki ada lagi disimpan diluar negara
4 org ditangkap termasuk 1 pengarah syarikat dan 1 akauntan
Jumlah kini bertambah dilaporkan RM RM114.5 juta. Jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa.

Menurut SPRM pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. Projek-projek dimonopoli adik-beradik, sanak saudara dan proksi mereka. 



Susulan penahanan Pengarah dan Timbalan itu. SPRM turut menangkap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk iaitu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah JANS dan akauntannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan mereka. SPRM turut melakukan siasatan terhadap 38 syarikat iaitu 17 syarikat dimiliki adik beradik dan proksi Ag Tahir Pengarah dan 21 Syarikat oleh Timbalan Pengarah. 

SPRM juga sudah mengenalpasti lebih 40 individu bagi membantu siasatan kes itu serta akan memanggil saksi berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Ada antara mereka terbabit secara langsung dalam dalam proses pemberian tender dan kerja. Ramai daripada mereka adalah pegawai jabatan air dan kontraktor," kata SPRM

Kes Rasuah Menakutkan?

Sejak kes ini didedahkan begitu ramai yang panas. Adakah hanya Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS sahaja yang terlibat? Bagaimana pegawai Gred 52 punya begitu banyak kuasa? Peruntukan mana mereka gunakan? Apakah pemimpin politik terlibat? Begitu banyak soalan. Begitu banyak yang panas!. Bermacam-macam persepsi. Menteri lama, Pegawai itu dan ini. Mari kita perhalusi

Latar belakang Peruntukan dan Projek

Jabatan Air Negeri Sabah satu dari Jabatan pemungut hasil yang menyumbang kepada negeri Sabah. Kutipan tahunannya adalah RM220 juta (2016). JANS mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Dua Kementerian yang biasa menyalurkan peruntukan kepada JANS ialah 

i. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Bekalan Air Luar Bandar-BALB) dan 

ii. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (Loji Rawatan Air)

Rasuah dari dana Bekalan Air Luar Bandar (BALB)?

SPRM menyebut rasuah adalah dari projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010.Semakan menunjukkan dana terbesar adalah dari peruntukan kerajaan Persekutuan yang disalurkan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Ia diakui sendiri oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah bahawa Kementeriannya tidak terlibat.


Untuk rekod, peruntukan yang diberikan kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilionRM28.4 bilion pada RMK10 dan RMK11, KKLW mencadangkan peruntukan sebanyak RM49.47 bilion untuk melaksanakan pembangunan di luar bandar.

Dato’ Seri Shafie Apdal adalah Menteri KKLW dari 2009 hingga 2015. Di bawah projek NKRA Luar Bandar KKLW menerima peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion. Projek NKRA 2010 hingga 2013 perlu diselesaikan untuk mengejar KPI. 

Disinilah kunci kepada Rasuah itu bermula dengan jumlah yang besar dan bagaimana Pengarah, Timbalan Pengarah dan beberapa Pegawai Utama Kerajaan terlibat termasuk Menteri KKLW yang menyalurkan peruntukan KKLW kepada Jabatan Air Negeri Sabah. 

Umum mengetahui tahun 2008 PM ketika itu Abdullah Ahmad Badawi telah melantik anak tempatan pertama iaitu Datuk Yusof Sarangit sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah bagi menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap keupayaan mereka memikul tanggungjawab berat bagi jawatan yang disandang.

Pelantikan Yusof Sarangit selain rahmat tetapi juga mimpi ngeri buat Kerajaan Negeri kerana khususnya YAB Dato’ Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan. Peruntukan Persekutuan tidak disalur terus kepada Kerajaan Negeri tetapi melalui Perbendaharan Malaysia Sabah selain Kementerian Kewangan. Yusof Sarangit, Shafie Apdal dan para Pengarah agensi serta jabatan di negeri bersekongkol sesama mereka. Dari peringkat iklan tender, penilaian tender, hinggalah keputusan tender. Musa Aman hanya berkuasa pada peruntukan Kerajaan Negeri sahaja.

Sekitar tahun 2011 kita pernah mendengar perbalahan dan perseteruan Musa Aman dengan Shafie Apdal hingga tahap semua Pegawai Daerah dihalang untuk menerima serta melaksanakan projek di bawah Kementerian Luar Bandar. Shafie Apdal pula yang galak sebagai Naib Presiden UMNO ketika itu menyelar Musa Aman. Perang mulut berlarutan Malah Shafie Apdal menggerakkanBahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Cawangan Negeri Sabah KKLW dan mana-mana agensinya seperti Felcra dan Risda untuk melaksanakan Projek KKLW di Negeri Sabah.


SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASA MENTERINYA

Shafie Apdal sedar jika dia mahu menggunakan menguasai dana peruntukan yang dia salurkan dia perlu menggunakan kuasanya. Iaitu

i) Kuasa Menteri sejajar dengan Akta Fungsi Menteri 1969 (Akta 2) yang jelas memperuntukkan kuasa Menteri ( Fungsi & Tugasnya) - Juga mengadakan peruntukan harta, hak atau tanggungan di nikmati atau dilakukan. Atau apa sahaja Rang Undang-undang baru di Kementeriannya selagi tidak bertentangan Perlembagaan Negara.

ii) Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi Kementerian-kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan.

Shafie menggunakan kuasanya untuk tentukan pegawai menandatangi kontrak dan had limit kuasa seseorang pegawai.

Akta Kontrak 1949 paling penting kerana menteri dapat menurunkan kuasa kepada pegawai seperti KSU, TKSU, SUB, KP, Pengarah dan lain-lain. 

Pada peringkat pertama Shafie Apdal di awal-awal tahun 2010 lebih banyak akur kepada prosedur kewangan untuk menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Air Negeri Sabah. Kuasa jawatankuasa tender, penilaian dan perolehan diputuskan oleh Datuk Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Negeri Sabah. Maka menjadi rajalah Datuk Yusof Sarangit sehingga dikatakan kekayaan Yusof Sarangit yang melampau malah beliau dikatakan sebagai “kaki perempuan”. Tanya semua kontraktor Sabah semua tahu siapa Yusof Sarangit ini. Para petugas Hotel Mewah Nexus Karambunai Sepanggar dan Magelan Hotel pasti amat tahu.


Antara kontraktor dan proksi Shafie Apdal yang mendapat manfaat ini ialah Datuk Peter Anthony yang sekarang menyediakan danaRM 200 juta kepada Shafie Apdal dalam kempen parti barunya PKRS. 


Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd Proksi Syahfie Apdal. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan JALB juga diperolehi syarikat ini. 



Dana berbilion sudah disalur kepada PMS bawah Yusof Sarangit maka pakatan Shafie Apdal semakin nyaman. Jadi banyaklah Projek Luar Bandar seperti paip, jalan, air dan elektrik perlu ditender. Dalam kes Bekalan Air Luar Bandar tentulah Jawatankuasa Penilaian Teknikal & Penilaian Harga dikawal oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Para kontraktor berbondong-bondonglah melobi Shafie Apdal Menteri, Yusof Sarangit Pegawai Kewangan dan Ag Mohd Tahir Mohd Talib Pengarah JANS. 

Bayangkan sejak 2010 hinggalah 2013 NKRA Luar bandar begitu rakus mereka. Semua peringkat dari Menteri KKLW hingga peringkat negeri rasuah memanjang berlaku. Skop dan kuasa masing-masing. Boleh disemak semua projek KKLW NKRA 2010 hingga 2013. Kemudian berterusan 2014 hingga 2015 sebelum Shafie digugurkan. 

Bagaimanapun hubungan Shafie Apdal dan Yusof Saringit ini tidak lama. Shafie beranggapan Yusof adalah orang kuat Musa Aman kerana Yusof menggunakan alasan mencampuri peruntukan persekutuan. Pengarah JANS yang mengawal peringkat teknikal bersekongkol dengan Yusof Saringit. Memandangkan projek Bekalan Air tender terbuka (bukan tender terhad) Mereka pun memasukkan syarikat kontraktor mereka dalam tender.

Akhirnya yang dapat syarikat milik dan proksi Pengarah, Timbalan Pengarah dan Yusof Saringit. Tidak hairanlah SPRM mengesan 38 syarikat proksi Pengarah dan Timbalan itu yang punya hubungan dengan Yusof Saringit juga Shafie Apdal. Mungkin banyak lagi. Ada juga kalangan kontraktor Shafie Apdal yang terkorban akibat permainan Pengarah/ Timbalan Pengarah dengan Yusof Saringit ini. Bayangkan bagaimana team JANS merembat rasuah dari kontraktor dari peringkat Jawatankuasa Spesifikasi, Jawatankuasa Penilaian Teknikal & Penilaian Harga, dibawa ke Lembaga Perolehan A putuskan, projek dilaksanakan sehingga tempoh siap serta tuntutan “claim” pun pegawai masih merembat lagi. Jika perlukan VO, tukar skop lain-lain. Pegawai Jabatan Air menjana duit dari semua peringkat. Anda hairan mereka boleh menyimpan tunai RM45 juta di rumah? 3 juta Pejabat? 

Menyedari hal ini Shafie Apdal tidak mahu menyalurkan sepenuhnya peruntukan yang sepatutnya kerana dikawal Yusof Saringit. KKLW mahu mengawalnya. Sebelum ini Menteri KKLW yang luluskan bajet dan turunkan peruntukan, Yusof Saringit pemutus lembaga perolehan tender dan Pengarah JANS pula mengawal teknikal. Yang paling dekat kontraktor seperti Pengarah pastinya akan lebih kaya raya. Jika tertangkap pun Pengarah dan Timbalanlah paling mudah ditangkap kerana bukti mereka dengan kontraktor.Shafie Apdal melihat Yusof Saringit dan Ag Mohd Tahir terlalu kenyang!

Selain Bekalan Air Luar Bandar, Shafie Apdal perlu memikirkan lagi kategori utama NKRA yang perlu diberi perhatian iaitu Jalan Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program Bantuan Rumah. Belum masuk lagi projek baki RMK-9 dan pelaksanaan RMK-10. 



Shafie Apdal tidak begitu bermasalah dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah. Shafie Apdal mengubah taktik Penurunan Kuasa Akta Kontrak 1949 bagi Projek Jalan Luar Bandar (JALB) pada Ogos 2010. Perolehan tender bertukar dari tender terbuka kepada TENDER TERHAD Semua projek di putuskan oleh Lembaga Perolehan A dan B KKLW dan yang diberikuasa oleh Menteri KKLW. Walaubagaimanapun Teknikal projek masih dibuat oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air Negeri dan lain-lain agensi. Bagi Projek Jalan Luar Bandar penurunan kuasa untuk memberi LOA pun dibuat oleh Jabatan Kerja Raya. Kali ini Yusof Sarangit tidak berkuasa lagi.


Tender Terhad memudahkan Menteri dan KSU memilih kontraktor proksi

Berikut bukti Shafie Apdal meminta Kementerian Kewangan projek Secara Tender Terhad. Ini bukti Shafie Apdal menggunakan kuasa beliau. Ini berlaku kepada semua projek luar bandar. 10 syarikat bagi setiap projek. Kali ini tidak lagi memberi ruang kepada Datuk Yusof Saringit.  10 syarikat ini adalah dari kalangan antara mereka yang "kawtim". 

Setelah menyakau Bekalan Air,dalam masa sama Shafie Apdal meneruskan pula 16 Projek KKLW tahun 2010 dibawah program National Key Result Area (NKRA) Jalan Luar Bandar (JALB). Ini pemulaan, selesai itu berpuluh-puluh lagi tender terhad termasuk G6 bawah RM10 juta kuasa Menteri KKLW yang tidak perlu di bawa ke MOF. 

Shafie Apdal memohon dan MOF meluluskan tender terhad Rujukan bil. S/K.KEW/PK/KI 1/700/8/0209/156/12-43 Jld 11 SK 7 (16) bertarikh 18 Ogos 2010 dikalangan kontraktor yang disyorkan oleh Shafie Apdal. 

Perhatikan Syarikat yang pernah diluluskan Shafie Apdal untuk Projek Jalan Luar Bandar juga mendapat Projek Bekalan Air Luar Bandar selain Asli Jati Engineering Sdn Bhd antaranya ialah Akif Jaya Sdn Bhd, Prinsip Hasil Sdn Bhd, Jawat Johan, WBS Construction Sdn Bhd dan lain-lain lagi. (Boleh semak senarai dalam  ://myprocurement.treasury.gov.my/) 





Kebanyakan syarikat-syarikat yang dipelawa juga mempunyai kaitan dengan kontraktor proksi Pengarah dan Timbalan Pengarah. Datuk Teo Chit Ming @ Teo Chee Ming Pengarah Urusan Sino Land Group (Pemilik Hotel N05 Kota Kinabalu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah. Datuk Teo Chit Ming banyak memegang lesen Syarikat pembinaan, bekalan air, pemasangan paip dan Loji Rawatan Air. Projek Rawatan Loji Air di Beaufort Sabah bernilai hampir RM300 juta bawah KKLW. Datuk Teo mempunyai hubungan yang rapat dengan Dato' Shafie Apdal. 

DATUK DITAHAN SPRM
Datuk Teo Chit Ming @ Teo Chee Ming Pengarah Urusan Sino Land Group (Pemilik Hotel N05 Kota Kinabalu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah.Akaun syarikatnya dibekukan RM 37 juta. 
Begitu juga adik Pengarah Jabatan Air Sabah iaitu Ag Mohd Fauzi @Uji Mohd Talib yang jadi proksi Pengarah. Beliau adalah Proksi projek Bekalan Air Luar Bandar KKLW kepada Dato' Shafie Apdal.  

Ag Mohd Fauzi Mohd Talib adik Pengarah Proksi Shafie Apdal. Maklumat yang diperolehi Pengarah Jabatan Air abangnya dianggarkan mempunyai cash RM300juta, termasuk aset dan wang di Australia, Brunei, Indonesi dan Singapura sekitar RM 1B. Semoga SPRM dapat menemui dana-dana itu. 


Sehingga 2013 perangai Shafie Apdal meminta Tender Terhad  10 syarikat ini
masih berlarutan



BAGAIMANA PENGARAH DAN TIMBALAN BOLEH MENYIMPAN DANA BESAR SEDANGKAN KUASA TERHAD?


Sama ada projek itu dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan (mana-mana kementerian) setiap pegawai tertakluk padaSeksyen 15 A (2) Akta Tatacara Kewangan 1957 (semak semula 1972) “ Tiap-tiap Pegawai Pegawal hendaklah tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis dana apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kewangan di bawah Seksyen 4, menetapkan had mana kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang diberi atau dikenakan ke atasnya boleh dijalankan atau dilaksana bagi pihak oleh mana-mana Pegawai Perakaunan di bawah kawalannya dan memberi arahan-arahan tertentu sebagaimana yang perlu untuk menjamin perjalanan atau pelaksanaan sempurna kuasa-kuasa dan tugas-tugas tersebut”
Penjawat Awam juga sedia maklum dan akur pada Arahan Perbendaharaan tahun 2008 (Klik) 



Bagaimanapun dibawah Kuasa Menteri Akta Kontrak 1949 Menteri mempunyai kuasa melantik pegawai yang sesuai bagi dirinya untuk menandatangi kontrak. Dalam masa sama selagi Pegawai itu terlibat dalam Jawatankuasa SpesifikasiJawatankuasa Penilaian Teknikal & Penilaian Harga atau Lembaga Perolehan Tender maka selagi itulah pegawai dapat menambahkan kekayaannya. Oleh itu Pegawai mampu mengumpul harta kekayaan yang luar biasa.

Lihat saja pada kekayaan Datuk Teo Chit Ming @ Teo Chee Ming Pengarah Urusan Sino Land Group (Pemilik Hotel N05 Kota Kinabalu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah. Memiliki 21 syarikat, projek perumahan, hotel, dan lain-lain lagi.







Hebat tak bagaimana Shafie Apdal, Yusof Sarangit, Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah? Mereka saling mempergunakan antara satu sama lain. Akhirnya yang untung ialah Pengarah dan Timbalan. 

Datuk Yusof Sarangit tentu cuak sekarang. Kekayaannya sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah pun luar biasa. SPRM wajar menyiasat harta milik Datuk Yusof Sarangit. Bagi Shafie Apdal rasuah bukan baru baginya. Isu Pembelian bangunan MARA bawah proksinya Datuk Mohd Lan Alani (Mantan Bendahari) pun sedang berjalan di mahkamah. 

Itulah Shafie Apdal. Keluarganya kaya raya. Zahida Rafik turut kaya raya. SPRM wajar memanggil Shafie Apdal ini untuk siasatan. Rakyat perlu tahu bagaimana Beliau mengawal peruntukan KKLW itu sehingga mengkayakan pegawai dan kontraktornya. 

JM
8 Okt 2016

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.