`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 30, 2016

ADAKAH MUHYIDDIN SANGGUP BERBOHONG DEMI MAHATHIR DAN DAP?

Rahmat Omar
SeaDemon Says
"Ambil BR1M itu rasuah," kata Mahathir
“Ambil BR1M itu rasuah,” kata Mahathir

"Ambil BR1M itu rasuah," kata Mahathir
“Ambil BR1M itu rasuah,” kata Mahathir
Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah merupakan satu skim pembahagian bantuan kewangan kepada golongan sasar secara lebih berkesan dari pemberian subsidi kepada seluruh rakyat Malaysia.  Sebelum ini, subsidi, contohnya subsidi minyak yang diberikan telah memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, perbelanjaan untuk subsidi minyak adalah terlalu besar dan manfaatnya tidak dapat dinikmati secara adil oleh rakyat Malaysia berpendapatan rendah.
Sebagai contoh, pemberian subsidi minyak memberi lebih manfaat kepada golongan berpendapatan tinggi kerana mereka menggunakan kenderaan yang menggunakan lebih minyak berbanding dengan golongan berpendapat rendah yang kebanyakan menggunakan motorsikal untuk bergerak:
img_5050
Wang subsidi yang dimansuhkan ditukarkan ke dalam bentuk BR1M dan diberikan kepada golongan yang lebih layak menerima.  Untuk menerima BR1M, seseorang pemohon itu perlu membuktikan bahawa beliau layak menerima.  Rasuah apa yang perlukan permohonan dan pembuktian kelayakan?
Itulah sahaja modal yang Mahathir ada untuk menghentam kerajaan.  Lain-lain isu yang diketengahkan oleh Mahathir adalah isu lama yang telah dijawab tetapi dimainkan semula sehinggakan Mahathir berbunyi seperti sebuah radio karat.
Untuk menguatkan hujah beliau, beliau memerlukan sokongan para pemegang jawatan Pribumi.  Maka, yang lantang menyokong beliau tidak lain tidak bukan ialah anak beliau sendiri, Mukhriz.
Mukhriz mempersoalkan BR1M dalam Twitternya bertarikh 28hb Disember 2016
Mukhriz mempersoalkan BR1M dalam Twitternya bertarikh 28hb Disember 2016
Bukankah beliau juga dahulu menonggang atas kejayaan BR1M yang sama demi kepentingan politik beliau?
Kalau BR1M bukan simbol kejayaan, kenapa tak serahkan kepada pegawai daerah sahaja untuk agihan?
Kalau BR1M bukan simbol kejayaan, kenapa tak serahkan kepada pegawai daerah sahaja untuk agihan?
Lain dulu lain sekarang. Inilah akibat lidah bercabang
Lain dulu lain sekarang. Inilah akibat lidah bercabang
Yang paling senyap hingga kini ialah Muhyiddin Yassin.  Langsung tidak kedengaran beliau mengecam BR1M.
Muhyiddin pernah berkata kepada rakyat Malaysia bahawa beliau tidak berbohong mengenai BR1M.  Malah beliau berkata bahawa BR1M, selain pengawalan harga barangan keperluan, adalah di antara usaha kerajaan untuk membantu supaya rakyat supaya tidak berada dalam kesusahan.
"Gua tak bohong punya orang," kata Muhyiddin menerangkan mengenai kebaikan BR1M
“Gua tak bohong punya orang,” kata Muhyiddin menerangkan mengenai kebaikan BR1M
Persoalannya sekarang ialah, kenapa Muhyiddin masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau membantah kenyataan Mahathir berhubung dengan BR1M?
Kalau beliau menyokong kenyataan Mahathir bermakna beliau memang pembohong.  Bagaimanapun, sekiranya beliau tidak menyokong Mahathir maka akibatnya adalah lebih buruk buat beliau.
Kita semua tahu walaupun beliau merupakan Presiden Pro-tem kepada parti Pribumi, Muhyiddin bukanlah pilihan Mahathir sebagai Perdana Menteri.  Muhyiddin terlalu banyak bebanan yang dibawa bersamanya.
Muhyiddin terpaksa diselamatkan oleh Mahathir pada tahun 1990an kerana ‘dibuang’ dari Johor oleh Almarhum Sultan Iskandar dan terpaksa ditukarkan dengan Menteri Belia dan Sukan ketika itu iaitu Ghani Othman.  Malah, masih ramai golongan pertengahan usia dan emas yang masih belum mengampunkan dosa-dosa Muhyiddin terhadap orang Johor, terutamanya warga FELDA.
Oleh sebab itu, hanya Mahathir dan Mukhriz yang banyak bergerak menggunakan pentas Pribumi di negeri Johor, terutamanya di kawasan-kawasan FELDA tanpa membawa Muhyiddin yang terpaksa menagih simpati merempat di atas pentas PKR dan DAP.
Mahathir tidak pernah gemarkan Johor.  Beliau sendiri sering berlaga angin dengan Almarhum Sultan Iskandar, malah cuba untuk menghalang Sultan Iskandar dari menjadi Yang Dipertuan Agong.  Beberapa kali Mahathir gunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara DiRaja Malaysia mendarat di padang bola Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk mengadap Almarhum Sultan Idris memujuk baginda untuk bersetuju menjadi YDP Agong pada tahun 1983.
Kemudian pada tahun 1987, melalui pengisytiharan haram UMNO ketika itu beliau menyingkirkan ramai anggota kabinet dari Johor termasuk Musa Hitam dan Shahrir Samad, Allahyarham Ajib Ahmad.
Kepentingan Mahathir di Johor hanyalah jambatan bengkok beliau yang telah dibatalkan oleh Abdullah Ahmad Badawi.  Kalau betul beliau pentingkan rakyat Johor, sudah lama Muhyiddin keluar masuk mahkamah dan penjaa akibat skandal tanah FELDA Johor dan lain-lain.
Akhir-akhir ini, Pribumi juga digegarkan dengan skandal seks Anina Saaduddin yang menyebabkan beliau disingkirkan dari jawatan Ketua Srikandinya.
Ainina menggelar Pribumi sebuah parti bodoh
Ainina menggelar Pribumi sebuah parti bodoh
Skandal yang dikatakan didedahkan oleh orang Pribumi yang inginkan jawatan Anina itu adalah lantaran pergaduhan Anina dengan Sanusi Junid dan anaknya Akramsyah – kedua-duanya penyokong kuat Mahathir.  Rata-rata pemerhati Pribumi mengatakan bahawa bekas exco Perak Hamidah Osman dan adiknya Hamizura Osman memainkan peranan dalam menjatuhkan Anina.
Datuk Baharom Abdul Ghani dari Gelang Patah yang juga merupakan penyokong kuat Mahathir juga dikatakan sedang bergasak dengan abang kepada Muhyiddin.
Di Kelantan pula penyokong kuat Mukhriz iaitu Sazmi Miah dikatakan mahu dilantik sebagai pengerusi Pribumi negeri tersebut.
Maka, di manakah letaknya Muhyiddin?
Muhyiddin teraksa mendiamkan diri.  Bergolak bersama dengan berpihak dalam Pribumi adalah amat berbahaya kepada beliau. Berdiam diri merupakan pilihan yang terbaik sekiranya inginkan kesinambungan di dalam kehidupan politiknya yang kini berada di hujung tanduk Mahathir.
Sekiranya beliau bersuara menyokong kenyataan Mahathir yang mengatakan BR1M itu rasuah, maka beliau memang ‘bohong punya orang‘.  Sekiranya beliau bersuara menentang Mahathir maka seluruh kisah buruk beliau akan didedahkan dan beliau akan dilondehkan di khalayak umum sepertimana dilakukan Mahathir terhadap Anwar Ibrahim 18 tahun yang silam.
Malah, amaran tersebut telah pun dikeluarkan oleh orang kanan Mahathir sendiri:
screen-shot-2016-12-29-at-15-23-17
Mungkin inilah penghujung hidup Muhyiddin dala arena politik sebelum tiba kepada noktahnya.  Pribumi kini giat menyingkirkan mereka yang tidak menyokong Mahathir dan mereka yang menjadi beban kepada perjuangan kepentingan diri Mahathir.
Mahathir bijak. Beliau lebih lama makan asam dan garam dalam politik.  Ramai yang ingat mereka dapat menunggang Mahathir untuk kepentingan politik mereka tetapi tidak sedar mereka dipergunakan oleh Mahathir untuk kepentingan diri beliau sendiri.  Beliau akan terus biarkan Pribumi bergolak sepertimana UMNO pada tahun 1987 dulu.
Yang penting, kepuasan kepentingan peribadi beliau tercapai.
Fikir-fikirkanlah sebelum memilih.
Tetapi tertanya-tanya juga…apa kata Muhyiddin sekarang mengenai BR1M?
Bagus BR1M ni. Shafie pun tolong Muhyiddin agihkan dulu
Bagus BR1M ni. Shafie pun tolong Muhyiddin agihkan dulu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.