`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 29, 2016

WOWW...SAMPAI KE LONDON MENTERI CARI TEH TARIK!!


Sebagaimana yang tersebar dalam grup whatsapp dan media sosial, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom dilaporkan hadir dalam satu program "sessi teh tarik Akta 355" di Malaysia Hall, London pada 27 Disember, baru-baru ini.

Turut  diajak "ngeteh"  bersama dingin salji di kota London itu ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Khairuddin Aman Razali yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat dan Ahli Jawatankuasa  Majlis Syura parti Islam itu.

Mengapa sampai ke London membawa perbincangan Akta 355? 

Apa kaitannya orang-orang Melayu di London dengan akta 355?
Malangnya, bersama gambar-gambar yang turut tersebar, khabarnya "sessi teh tarik" di kota London itu hanya mencatat jumlah kehadiran yang kecil saja.

Kenapa tidak pernah diadakan "sessi teh tarik" membincangkan akta yang sama di dalam negara atau di Jerai yang merupakan kawasan Parlimen Jamil Khir sendiri?

Adakah semua orang dalam negara sudah faham mengenai Akta 355, lalu tidak perlu diadakan sessi dialog atau kerana teh tarik mamak di sini tidak sesedap teh tarik di kota London?
Bila pula Jamil Khir mahu mengadakan "sessi teh tarik" dengan MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak yang masih menentang Akta 355 itu?

Apakah mungkin selepas London ini, "sessi teh tarik"  bersama Jamil Khir dan pemimpin Pas juga bakal diadakan di Paris, Amerika, Australia, New Zealand dan lain-lain kota percutian kerana di semua tempat itu juga terdapat orang-orang Melayu Malaysia yang ditakrif "sangat-sangat"  perlu diberikan penerangan berkaitan akta 355? (SH).

1 comment:

  1. Apakah anda Termasuk dalam Kategori Ini..?

    Di Lilit Hutang

    Selalu kalah Dalam Bermain Togel

    Barang berharga Anda udah Habis Buat Judi Togel

    Anda Sudah ke mana-mana tapi tidak menghasilkan.

    Solusi yang tepat!!! JANGAN PUTUS ASA dan Tanamkan KEYAKINAN dalam Diri Anda karena Anda Sudah Berada di Website Yang Sangat Tepat.
    Saya Akan Membantu Anda. Semua Angka Ritual Kami, Anda Cukup Mengganti Biaya Ritual Angka Nya Saja. Jika Anda Membutuhkan Angka Ghoib Hasil Ritual dari saya 2D 3D 4D 5D 6D Dijamin Tembus 100% Gransi Uang Kembali Kalau Nga Nyata.
    INFO PENTING RITUAL TOGEL KI AGENG JAYA WARSITA 100% TEMBUS!
    KI AGENG JAYA WARSITA Hanya Melayani Member Yang Bersedia Melengkapi Dana Penutupan Ritualnya
    Aki hanya melayani yg serius & bersedia membantu mahar untuk biaya membeli ALAT ritual & sesajen untuk ritual.
    KI AGENG JAYA WARSITA
    DI
    085-342-064-735

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.