`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 6, 2022

Dadah lebih RM390,000 disorok dalam bungkusan mi segera

 

Setiap bungkusan mi segera mengandungi satu paket plastik warna kelabu berisi dadah disyaki ketamin. (Gambar IPD Subang Jaya)

KUALA LUMPUR: Polis merampas dadah dipercayai ketamin yang disorokkan dalam 286 bungkusan plastik mi segera seberat 7,134gm dianggar bernilai RM392,370, susulan pemeriksaan ke atas sebuah premis syarikat penghantaran barang di Sime UEP Industrial Park, Subang Jaya, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, dadah itu ditemui polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam pemeriksaan pada 3 petang.

Beliau berkata, di awal pemeriksaan, polis menemui enam kotak putih di atas lantai di belakang premis berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut di dalam semua kotak itu membawa kepada penemuan 286 bungkus plastik mi segera, dengan setiap bungkusan mengandungi satu paket plastik warna kelabu berisi dadah disyaki ketamin,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Wan Azlan berkata, polis percaya dadah itu disorokkan dalam bungkusan menyerupai mi sebelum dihantar ke luar negara menggunakan syarikat penghantaran barang, dan sindiket itu didapati baru bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak awal bulan lepas.

“Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan kerana sindiket ini menggunakan maklumat palsu untuk berurusan dengan syarikat penghantar barang supaya ia sukar dikesan pihak berkuasa. Polis juga giat mengenal pasti ahli sindiket yang dipercayai masih berada di dalam negara.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.