PETALING JAYA: Bayi perempuan 11 bulan dilaporkan maut dipercayai tersedak susu ketika dijaga pengasuhnya di Rumah Awam Ayer Molek, Melaka semalam.
Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidah, 35, berkata dia dimaklumkan pengasuh kira-kira 11 pagi bahawa anaknya tidak sedarkan diri dan badannya kebiru-biruan.
“Saya memintanya segera bawa anak ke klinik berhampiran sementara saya bergegas ke sana,” katanya menurut Berita Harian.
Menurutnya, beliau menghantar anaknya ke rumah pengasuh kira-kira 7.30 pagi sebelum pergi bekerja di Sungai Udang, manakala suami bekerja di Pulau Gadong.
Beliau berkata, anaknya dijaga pengasuh sejak berusia empat bulan dan setakat ini hospital belum mengesahkan punca kematian kerana perlu menunggu laporan lengkap bedah siasat.
Jenazah anaknya kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Titian Bintangor, Alor Gajah kira-kira 10.30 malam tadi.
Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit mengesahkan kejadian itu dan setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.