`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, July 30, 2023

Calon Muda isytihar harta dalam masa terdekat, kata Syed Saddiq

 

Syed Saddiq Abdul Rahman berkata 19 calonnya yang bertanding pada PRN akan isytihar harta.

PETALING JAYA: Muda akan mengisytiharkan harta calonnya yang bertanding pada PRN 12 Ogos dalam masa terdekat.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, semua ahli parti itu yang bertanding dalam pilihan raya wajib mengisytiharkan harta mereka.

“Bagi membolehkan mereka mendapat borang daripada presiden untuk menjadi calon, mereka diwajibkan untuk mengisytiharkan aset (terlebih dahulu),” katanya menurut Bernama.

Ads by Kiosked

Sebelum ini, Muda mengumumkan bahawa ia akan meletakkan 20 calon untuk bertanding dalam PRN di empat negeri iaitu Selangor (14), Pulau Pinang (tiga), Negeri Sembilan (dua) dan seorang di Terengganu.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pilihan Raya Muda memaklumkan, Muhammad Noriswan yang sebelum ini diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah, Negeri Sembilan mengambil keputusan menarik diri atas sebab-sebab peribadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari pengundian pada 12 Ogos dan pengundian awal pada 8 Ogos bagi PRN di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah serta Kelantan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.