`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 17, 2023

Belum cadang mansuh AP walau Tesla dibenar jual terus pada pelanggan

 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, berkata kerajaan konsisten melayan pihak membawa masuk teknologi, bukan terhad kepada Tesla semata-mata. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Cadangan mansuh sistem permit import (AP) belum dibincangkan setakat ini susulan Tesla Inc dibenarkan menjual kenderaan elektriknya (EV) secara terus kepada pelanggan di Malaysia.

“AP itu masih ada, apa yang saya fikir saya telah umumkan sebelum ini adalah kerajaan mahu membawa masuk teknologi.

“Kerajaan konsisten bukan hanya untuk Tesla, tetapi kepada sesiapa yang membawa nilai seperti yang dibawakan oleh Tesla,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, memetik Berita Harian.

“Kami akan melayan mereka secara konsisten, ia bukan eksklusif untuk Tesla sahaja,” katanya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Tesla bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penting pengeluar EV di rantau ini.

Beliau berkata, berkata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk dalam pertemuan secara maya menzahirkan persetujuan menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

Pengeluar EV dari Amerika Syarikat itu juga telah mula menjual kereta pertamanya secara rasmi untuk pasaran Malaysia dengan menawarkan model Y dengan harga serendah RM199,000 yang sudah boleh ditempah secara dalam talian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.