`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 4, 2023

GPS perlu jauhi kempen PRN 6 negeri, kata penganalisis

 

Baru-baru ini, Ketua Whip GPS Fadillah Yusof berkata gabungan itu tidak akan terlibat dalam mana-mana PRN di luar Sarawak.

PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu menjauhi kempen PRN enam negeri di Malaysia Barat, walaupun gabungan itu antara tunjang kerajaan perpaduan.

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) percaya GPS tidak akan dapat menyumbang apa-apa kepada sekutu-sekutu yang bertanding, kerana akan berkempen dalam persekitaran yang asing sekiranya ia melibatkan diri dengan PRN.

“Perlu menilai signifikan GPS dalam membantu di gelanggang yang begitu asing dan kebarangkalian tinggi tidak mampu membawa apa-apa sumbangan kerana tidak dikenali di Semenanjung,” kata Lee kepada FMT.

Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi baru-baru ini mempelawa GPS membantu calon kerajaan perpaduan pada PRK kelak, mengatakan beliau mahu menjadikan kestabilan di Sarawak sebagai bahan kempen.

Pelawaan itu menyusuli pengumuman Ketua Whip GPS Fadillah Yusof bahawa gabungan itu tidak akan terlibat dalam mana-mana PRN di luar Sarawak.

Dick Lembang Dugun dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata tiba masanya GPS ‘berpolitik secara terbuka’ dan tidak terlalu ‘kenegerian’.

“Mendepani politik masa depan GPS boleh terbuka. Apa salahnya kita belajar tengok kempen di Semenanjung, bagaimana parti politik di Semenanjung berkempen semasa PRN,” katanya.

Dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), dan Parti Demokratik Progresif, GPS terbentuk beberapa bulan selepas PRU14, susulan kejatuhan kerajaan persekutuan pimpinan BN.

Tindakan empat parti itu menguburkan BN Sarawak yang sudah bertapak 45 tahun, dan menyaksikan Sarawak menjadi ‘kingmaker’ bagi mana-mana parti yang ingin menawan Putrajaya.

GPS menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan Gabungan Parti Sarawak, bagi memecahkan kebuntuan PRU15.

Bilcher Bala dari UMS berkata tidak menghairankan sekiranya GPS tidak mahu terlibat dengan kempen PRN, mengatakan ia contoh terbaik tentang menjaga autonomi dan privasi wilayah masing-masing.

“GPS mengamal dasar berkecuali dalam hal politik di luar Sarawak,” katanya.

Dick bagaimanapun berkata pelawaan Zahid itu sesuai dengan kedudukan GPS dalam arena politik masa kini.

“Bercakap tentang kerajaan perpaduan, GPS perlu fikir dan menerima pelawaan ini dan turut bersama berkempen semasa PRN,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.