`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 11, 2023

Lepas terima surat saman Kit Siang, Annuar ‘ancam’ saman balik

 

Annuar Musa mengesahkan sudah menerima surat saman daripada Lim Kit Siang.

PETALING JAYA: Annuar Musa akan menyaman kembali Lim Kit Siang atas dakwaan veteran DAP itu telah mencemarkan “kewibawaannya” apabila menuduh dirinya sejak menyertai PAS telah mencontohi sikap Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Lim menggambarkan beliau sudah mula membuat dakwaan liar, tidak masuk akal, dan tidak berasas.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berharap Lim siap sedia tampil mempertahankan diri.

“Saya berpegang dengan apa saya kata, dia saman saya, saya berusaha saya akan arah peguam saya saman dia (Lim) sebab dalam Facebook dia kata Annuar Musa sejak masuk PAS perkara pertama dilakukan dia tiru Haji Hadi.

“…kerana dia membuat tuduhan liar dan tak berasas, itu juga cuba mencemarkan kewibawaan saya sebagai orang politik. Maka saya akan mendakwa Kit Siang kerana cuba membuat ‘defamation’ terhadap saya, saya harap dia pertahankan diri,” katanya ketika berucap pada ceramah Perikatan Nasional (PN) di Jempol, Negeri Sembilan.

Annuar turut memaklumkan, beliau telah menerima surat saman dari Kit Siang semalam berhubung dakwaan mengaitkan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dan DAP dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

“Hari ini saya dapat surat saman daripada Kit Siang, saya sampai di Jempol orang rumah ‘call’, dia kata ada surat, Kit Siang saman saya kerana ucapan saya di Bachok.

“Saya kata tak ada masalah saya sudah lama tunggu Kit Siang saman saya, supaya bertemu buku dengan ruas, dia jangan fikir dia boleh buli Annuar Musa,” katanya.

Katanya, bekas menteri itu akan mengemukakan bukti DAP berkempen soal perkauman.

Terdahulu, Lim memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Annuar kerana mengaitkannya dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Beliau juga akan turut menuntut ganti rugi daripada Annuar kerana terus melemparkan kenyataan sedemikian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.