`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 10, 2023

MULA OGOS HARGA BARANG NAIK 20% LAGI


 

  • Harga barang meningkat 20% Oktober 
  • inflasi import dan peningkatan kos operasi
  • kos pengeluaran dan operasi naik 20% sejak Januari 
  • ekoran kemerosotan ringgit mendorong inflasi import 
  • Januari-Julai Ringgit jatuh RM4.20 - RM4.60 berbanding dolar
  • 10% kemerosotan ringgit berbanding dolar AS
  • Sudah pasti ia meningkatkan kos pengeluaran
  • pengguna hadapi inflasi import apabila harga barangan naik
  • peningkatan harga barang 20% mula suku ketiga tahun ini
  • sebelum ini bayar RM100,000 untuk import 
  • sekarang bayar RM120,000 - RM130,000 untuk import yang sama
  • harga barang naik20%, RM10 jadi RM12 - RM12.50 
  • Datuk Ameer Ali kata kenaikan harga mula Ogos-Sept 
  •  
  • Saya jangka harga barang naik 5-10%
  • kenaikan harga juga berpunca peningkatan kos operasi, gaji minima
  • bukan saja kelemahan ringgit tetapi kos menjalankan perniagaan meningkat
  • gaji minimum naik, bil utiliti letrik naik 
  • kos perniagaan, pengeluaran dan harga baran naik 
  • UTUSAN

 

My Comments:

1. Please tunda Gaji Minima selama sekurangnya TIGA TAHUN. Tidak masuk akal bayaran gaji pekerja adalah sama antara Bangsar Baru dan Lubok Antu di Sarawak. Atau antara Georgetown, Penang dan Selama di Perak.  

Pemimpin politik yang rata-rata dangkal mencari populariti dengan dasar Gaji Minima tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah mereka lebih merosakkan ekonomi negara yang akhir sekali menyusahkan semua rakyat negara dan akhir, akhir sekali akan melihat pemimpin politik dangkal itu kalah pilihanraya dan ditongsampahkan. That is what will happen eventually. The politicians are committing suicide.

Gaji harus dibayar ikut keadaan tempatan. Di Kuala Lumpur sewa satu bilik saja bagi seorang pekerja boleh sampai RM500. Makan tengah hari tidak kurang dari RM7.00. Belum kira sarapan pagi. Nasi lemak pun RM5.00. Belum kira minum teh.

Di Kuala Nerang, Kedah sewa satu rumah pun tak sampai RM500. Makan tengah hari pun jauh lebih murah.

Jadi keadaan ekonomi tempatan Kuala Nerang contohnys tidak boleh menampong gaji minima yang jauh melebihi keperluan tempatan. Thats how things work.

Kalau Gaji Minima sama di seluruh Malaysia maka tidak ada motivasi bagi businessman dan pekilang membuka kilang atau perniagaan baru di pedalaman seperti di Lubok Antu. Lebih baik dia fokus perniagaan dia di kawasan perbandaran Pantai Barat Semenanjung di mana bukan saja Gaji Minima sama tetapi juga terdapat pelbagai kemudahan hidup termasuk McDonald, Starbuck, shopping complex, restoran, hospital, kedai buku dsbnya. 

Tetapi kalau lah tiada Gaji Minima maka penjimatan daripada gaji yang berlainan di pedalaman akan mendorong businessman dan pekilang membuka kilang dan perniagaan mereka di tempat yang menawarkan penjimatan kos bayar gaji (apa yang Dato Ammer sebut cost of doing business). Businessman tahu mengira untung rugi dengan tepat sekali dan jika mereka boleh jimat kos dan tambah untung maka mereka akan membuka kilang dan perniagaan di tempat baru. This is exactly the same reason why FDI from overseas come to Malaysia - to save on labour costs. 

Cuba fikir kalau United Nations mewujudkan Gaji Minima Antarabangsa bagi seluruh dunia. Maka akan hilang sebarang sebab-musabab bagi FDI dari Jepun, Eropah atau Amerika datang melabur di Malaysia lagi. Elok mereka melabur di negeri sendiri. Sebab Gaji Minima sama saja.

2. Tolong jangan naikkan OPR lagi. Hari itu OPR naik 0.25% tetapi bayaran pinjaman shophouse loan kami sudah naik 13.5% (RM650.00). Kalau OPR naik lagi 0.25% maksudnya bayaran bulanan kami akan naik lagi 13.5% atau RM1300 jumlah totalnya. That is too much. We are business people so can manage a bit. Bagaimana pula dengan makcik dan pakcik yang dapat gaji tetap (salary earners)? Kalau housing loan dan car loan mereka naik beberapa ratus Ringgit saja how are they going to make ends meet? 

Nilai Ringgit turn naik itu di luar kawalan kita. Atau diluar kawalan jangka pendek. In the short term kita tidak boleh kawal nilai Ringgit. It is impossible.

Tetapi Gaji Minima dan OPR adalah 100% dalam kawalan kita. 

Jangan kita ambil tindakan untuk membunuh diri kita. 

Pemimpin politik tidak tahu apa benda pun mengenai apa-apa pun. Jadi jangan harapkan pemimpin politik membuat apa pun yang akan menyelamatkan keadaan ekonomi.

Tindakan paling waras yang akan membantu kita ialah jangan mengundi mereka. Tukar saja pilihan pemimpin negara, serupa menukar kain lampin bayi yang sudah kotor. 

Get rid of them dan ambil pemimpin baru. Sehingga mereka boleh faham apa itu sebenarnya kebajikan masyarakat. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.