- Madani akan umum beberapa imbuhan tetap penjawat awam seminggu dua
- akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan skim gaji minggu depan
- Saya fikir pendekatan lama skim pelarasan gaji perlu dirombak
- untuk meningkatkan skim gaji guru dan penjawat awam lain
- sekali gus mengurangkan jurang perbezaan skim gaji
- Ini bukan sebab nak pilihan raya negeri
- - Bernama
My Comments
Ya memang pun "Ini bukan sebab nak pilihan raya negeri" tetapi kalau-lah, kut-kut, pengundi penjawat awam terasa gatal-gatal nak undi depa maka ok-lah itu. Maulana akan terus balun nasi briyani, telan dengan pinggan sekali.
Hari itu taukeh kaya raya dilanjutkan lesen impot monopoli. Secara permanent. Duit besar itu.
Sekarang penjawat awam dapat imbuhan tetap. Secara permanent. Duit besar itu.
Orang awam dapat apa pula?
Tarif letrik sudah naik.
Harga tepung akan naik.
Bayar bulanan pinjaman rumah dan pinjaman kereta sudah naik.
Peluang pekerjaan tak naik.
MOU RM190 billion China tak mai pun.
Vietnam pula tak ada MOU pun. Melancung ke negara asing.
Orang awam bayar cukai saja. Nak bayar gaji penjawat awam, nak bayar imbuhan tetap penjawat awam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.