`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 29, 2023

Hanya satu sudu teh gula kalau minum di medan selera Putrajaya

Menerusi Kempen Kurangkan Gula, pengusaha premis di medan selera sekitar Putrajaya hanya meletak satu sudu teh pada minuman jualan mereka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Semua pengusaha premis medan selera di Putrajaya menyahut kempen supaya hanya satu sudu teh gula diletakkan pada minuman jualan mereka untuk menjaga kesihatan pelanggan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, berkata beberapa pengusaha premis telah mengambil inisiatif berkenaan sebelum kementeriannya melancarkan ‘Kempen Kurangkan Gula’ hari ini.

Menurutnya, premis terbabit di Presint 8,9,11 dan 16 selain Laman Perdana Presint 1, Laman Duta Presint 15 dan Trak Makanan Putrajaya.

Dr Zaliha Mustafa.

“Saya difahamkan semua pengusaha minuman di medan selera sekitar Putrajaya telah bersetuju melaksanakan penggunaan satu sudu teh gula sahaja bagi setiap minuman yang dipesan,” katanya menurut Bernama dalam ucapan pelancaran Kempen Kurangkan Gula 2023 peringkat kebangsaan.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Zainal Alhakab Seman.

Zaliha turut berharap usaha di pusat pentadbiran kerajaan itu dicontohi di tempat lain terutama membabitkan premis dipantau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pihak negeri juga diharapkan dapat menyebarkan pelaksanaan pengurangan gula ini di peringkat negeri masing-masing dengan memberi fokus kepada pengusaha minuman di gerai dan medan selera dengan kerjasama majlis perbandaran atau pihak berkuasa tempatan masing-masing,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.