`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 12, 2024

3 anak mangsa bakar jadi pelajar angkat Arthur

 

Ahli Parlimen Pensiangan Arthur Joseph Kurup (tengah) bersama tiga beradik itu ketika menyampaikan sumbangan kepada mereka di Kg Linsuk, Sook di Sabah.

PETALING JAYA: Tiga beradik yang kehilangan ibu dalam satu tragedi menyayat hati di Kg Tinagalan, Sook, Sabah baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Pensiangan Arthur Joseph Kurup yang mengambil mereka sebagai pelajar angkat.

Timbalan menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu berkata beliau akan memastikan tiga beradik itu menerima pendidikan sebaiknya, dan akan menanggung kos keperluan mereka sehingga tamat belajar.

“Saya akan mengambil tiga beradik ini sebagai pelajar angkat saya.

“Dalam apa juga cabaran yang dihadapi, anak-anak tersebut perlu menghabiskan persekolahan mereka kerana nilai pendidikan akan membantu menjamin hidup dan masa depan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Arthur melawat dan menyampaikan bantuan kewangan, peralatan keperluan sekolah dan barangan dapur kepada keluarga dan anak-anak mendiang di Kg Linsuk, Sook.

Dalam kejadian pada 2 Feb lalu, seorang wanita berusia 41 tahun maut dipercayai dibakar suaminya sendiri ketika bertengkar.

Ketua Polis Keningau, Yampil Anak Garai dilaporkan berkata siasatan awal mendapati mangsa dan suspek, 50, pada mulanya minum “tapai” (minuman beralkohol) bersama di rumah mereka.

Katanya, anak pasangan itu yang berusia 16 tahun ternampak kedua ibu bapanya bertengkar dalam keadaan mabuk teruk kira-kira 10 malam hari sama.

“Ketika bertengkar, suspek kata hendak membakar mangsa dan mangsa pula mencabar untuk membakarnya jika berani.

“Suspek lalu menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum mencampak mancis ke arah mangsa sehingga menyebabkan badan mangsa terbakar,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.