`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 11, 2024

Penyamar penjual susu diburu, dipercayai terlibat kes samun

 

Seorang wanita kehilangan dua utas rantai emas dalam kes samun membabitkan seorang penyamar penjual susu lembu. (Gambar Freepik)

IPOH: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu yang dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan kehilangan dua utas rantai emas milik seorang tukang jahit, dalam kejadian di Tanjung Rambutan, 8 Feb lalu.

Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata dalam kejadian sekitar 9.10 pagi, wanita berusia dalam lingkungan 38 tahun itu didatangi suspek yang dipercayai warga tempatan.

“Semasa sedang berurusan, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif menolak mangsa dan menarik rantai emas miliknya itu.

“Suspek sempat mengugut untuk mencederakan mangsa jika menjerit meminta pertolongan, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.

“Dua utas yang hilang itu merupakan rantai perkahwinan dan rantai pemberian bapa mangsa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.