`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 11, 2024

Sedia bincang perkasa syariah tapi jangan politikkan keputusan mahkamah, tegas Zahid

 

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menegaskan keputusan mahkamah berhubung EKJS (I) Kelantan berkait peruntukan perundangan yang diluluskan DUN Kelantan, bukannya berkenaan mahkamah syariah.

BAGAN DATUK: Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan tidak perlu dipolitikkan, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Ini kerana keputusan mahkamah itu berkait peruntukan perundangan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan dan bukannya berkenaan mahkamah syariah.

Pada masa sama, beliau bersetuju sekiranya perbincangan antara Ahli Parlimen beragama Islam diadakan bagi memperkasakan undang-undang syariah, dengan syarat pihak terlibat tidak mempolitikkan isu itu.

“Soal perbincangan, boleh diadakan, tetapi kita mesti menelaah tentang soal penentuan fikrah dan tidak menjadikan politik garis utama, atau sudah terhentak ke dinding baru nak panggil orang Islam untuk bincang tentang perkara ini,” katanya selepas melakukan kunjungan kasih ke atas keluarga angkatnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, yang mengajak semua pihak terutama ahli Parlimen beragama Islam untuk berbincang mengenai memperkasakan undang-undang syariah.

Ia susulan Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Mengulas sama ada Jemaah Menteri perlu mengadakan perbincangan mengenai keputusan itu, Zahid berkata setakat ini, Jemaah Menteri tidak bercadang untuk membincangkan perkara tersebut di dalam mesyuarat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.