`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 22, 2024

Suasana pilu selubungi istiadat penghormatan negeri Taib

 

Pengusung membawa masuk jenazah Abdul Taib Mahmud untuk diletakkan di tempat khas di atrium DUN Sarawak. (Gambar Twitter Bernama)

KUCHING: Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri, Abdul Taib Mahmud tiba di sini bagi istiadat penghormatan negeri.

Kenderaan membawa jenazah Taib tiba di bangunan DUN pada 7.50 pagi tadi.

Turut mengiringi jenazah ialah anaknya Sulaiman Abdul Rahman Taib, Mahmud Abu Bekir Taib dan Hanifah Hajar Taib.

Lapan pengusung daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa masuk jenazah Allahyarham dan diletakkan di tempat khas di atrium DUN Sarawak.

Bangunan DUN Sarawak yang merupakan antara ikon utama negeri, hari ini dibanjiri rakyat pelbagai kaum seawal 8 pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas ketua menteri itu yang banyak menyumbang bakti kepada Bumi Kenyalang.

Bacaan ayat suci al-Quran oleh guru al-Quran Majlis Islam Sarawak dan Persatuan Qari Bahagian Kuching turut diperdengarkan sempena istiadat berkenaan.

Istiadat penghormatan negeri bermula 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Solat jenazah dijadual diadakan kemudian di Masjid Demak dekat kediaman Allahyarham, disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Bapa pemodenan Sarawak itu meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.