`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 8, 2024

5 kedai di bangunan warisan Kuching terbakar

 

Kebakaran di Jalan Ewe Gai berdekatan Carpenter Street, Kuching, tengah hari tadi, melibatkan lima rumah kedai dan sebuah kenderaan.

PETALING JAYA: Sederet lima rumah kedai di bangunan warisan, serta sebuah kereta Toyota Avanza musnah dalam kebakaran di Jalan Ewe Gai berdekatan Carpenter Street, Kuching, tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, susulan panggilan kecemasan pada 1.40 tengah hari, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dan Batu Lintang dikerah ke lokasi kejadian.

“Insiden melibatkan kedai perabot dan kedai makan dengan sebuah kenderaan. Dua kedai perabot terbakar sepenuhnya, manakala dua kedai musnah 50% serta satu kedai lagi musnah 30%.

“Api merebak sangat cepat … ke siling dan atap hingga ke kedai sebelah. Kita berjaya mengawal api pada 2.48 petang,” katanya di lokasi kejadian, lapor Bernama.

Berdasarkan maklumat saksi serta pemilik kedai, kata Tiong, kesemua yang berada dalam unit-unit terbabit berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak.

Punca kebakaran masih disiasat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.