`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 11, 2024

Adun Selat Kelang dakwa Bersatu Selangor dikuasai kartel

 

Abdul Rashid Asari mendakwa ada kartel mahu membawa orang masing-ma­sing sebagai calon Bersatu pada PRN tahun lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Adun Selat Kelang, Abdul Rashid Asari mendakwa Bersatu Se­langor dikuasai “kumpulan kartel” dipimpin individu “baru sehari dua” menyertai parti itu sebagai punca beliau menyokong Menteri Besar, Ami­rudin Shari.

Beliau menolak dakwaan merajuk kerana dilucutkan jawatan­ ketua Bersatu negeri, sebaliknya merasakan diri tidak diperlukan parti selepas sembilan tahun bekerja keras me­nubuhkan Bersatu Selangor.

Selaku ketua Bersatu Selangor, beliau sebelum ini dipertanggungjawabkan mengenal pasti calon parti untuk bertanding pada PRN tahun lalu.

“Sebelum PRN tahun lalu, Presiden Bersatu (Muh­yiddin Yassin) meminta saya memberikan nama calon untuk bertanding mewakili parti kepada Jawatankuasa Pemilihan.

“Tetapi, lebih separuh nama ketua bahagian yang saya cadangkan itu dihumban keluar kerana ada kartel mahu membawa orang masing-ma­sing sebagai calon Bersatu.

“Orang-orang yang menggantikan pula adalah calon ‘bidang terjun’ yang baru sehari dua sertai parti. Tetapi, pada PRN hanya menang majoriti puluh-puluh sahaja, padahal jika ketua bahagian bertanding, boleh menang majoriti lebih besar,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Rashid pada 6 Mac lalu mengumumkan beliau menyokong pentadbiran Amirudin tanpa paksaan dan yakin tindakan itu akan memanfaatkan penduduk Selat Klang menerusi kerajaan stabil.

“Keputusan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan selepas saya meneliti titah ucapan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) memuji kerajaan negeri yang berada di landasan tepat demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.