`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 14, 2024

Alat ganti, aksesori telefon bimbit tiruan RM68,000 disita KPDN

 

Menurut Pengarah KPDN Pulau Pinang S Jegan, tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan dipercayai penyelia premis turut ditahan manakala siasatan dilakukan mengikut Akta Cap Dagangan 2019. (Gambar Bernama)

BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyita 3,902 pelbagai alat ganti telefon bimbit dan aksesori jenama terkenal bernilai RM68,216 dalam serbuan terhadap empat premis di Bandar Perai jaya, di sini semalam.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan, berkata serbuan dilakukan anggota penguat kuasa KPDN bersama wakil pemilik cap dagang selepas menerima aduan berhubung kegiatan jualan barangan tiruan di premis berkenaan.

Beliau berkata dalam serbuan berkenaan, turut ditahan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan dipercayai penyelia di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan telah menyita sejumlah 2,938 unit alat ganti telefon bimbit pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM58,896.

“Turut disita 964 unit aksesori bernilai RM9,320 dengan jumlah rampasan keseluruhan diangarkan RM68,216,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jegan berkata siasatan dilakukan mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

Beliau turut memberi amaran terhadap mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan atau berdepan dengan tindakan undang-undang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.