`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 14, 2024

Selenggara sistem punca gambar lesen digital berbeza, kata JPJ

 

JPJ memohon maaf atas isu paparan gambar pemilik e-LMM berlainan dengan maklumat pemilik sebenar. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan tiada unsur penyalahgunaan sistem atau kecurian identiti dalam isu paparan gambar pemilik Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu berlaku ketika pasukan teknologi maklumat melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ.

“Pihak JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik e-LMM yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar. Jabatan ini ingin memaklumkan perkara ini telah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta-merta.”

JPJ memberi jaminan tiada sebarang unsur penyalahgunaan sistem mahupun kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu, sebaliknya semua maklumat terpelihara dan selamat.

“JPJ akan sentiasa menambah baik sistem dari semasa ke semasa bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan digital terbaik kepada rakyat.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.