`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 19, 2024

Beri kebenaran murid, guru pakai baju sukan, kata KPM

 

KPM prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya semasa menghadapi cuaca panas. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, institusi pendidikan juga dinasihatkan sentiasa mengikuti garis panduan berkaitan fenomena cuaca negara yang telah ditetapkan.

“KPM prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan di bawah kelolaannya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca di luar jangka.

“Institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua institusi pendidikan bawah KPM diminta melaksanakan langkah pencegahan seperti menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas dan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

Selain itu, pihak berkaitan juga perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri bagi yang tidak berpuasa atau murid bukan Islam.

Menurut KPM, murid juga digalakkan mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan, serta pihak berkaitan perlu membekalkan air minuman kepada murid asrama jika keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.

emua institusi pendidikan KPM juga diminta sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan jika berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.