`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 19, 2024

Tak perlu mesyuarat MTPN, biar Sanusi bangunkan Kedah, kata Saifuddin

 

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau tidak mahu ganggu Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor menguruskan projek mega di negeri itu. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada keperluan untuk beliau memanggil mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) yang dipengerusikannya bersama Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor buat masa ini.

Secara sinis, Saifuddin berkata beliau akan memberi ruang seluas-luasnya untuk Sanusi membangunkan Greater Kedah sementara dirinya akan menumpukan kepada projek-projek kecil di negeri itu di bawah kendalian kerajaan Persekutuan.

“Saya percaya fokus Sanusi pada Greater Kedah, saya tidak mahu ganggu dia dan biar dia bangunkan lapangan terbang Kulim, lengkapkan dulu projek tambun tanah dekat Sungai Petani berjumlah RM40 bilion.

“Bagi saya jaga projek kecil, jadi biar dia jaga projek bilion-bilion,” katanya dalam sidang media di kementeriannya.

Saifuddin berkata, selain Greater Kedah, beliau juga memberi ruang kepada Sanusi menyiapkan projek litar lumba di Sungai Petani.

Katanya, dengan cara itu beliau boleh menghormati tugas Sanusi sebagai menteri besar untuk membangunkan Greater Kedah.

Saifuddin pada 10 Mac lalu berkata, sikap Sanusi yang menggunakan maklumat dalam mesyuarat sebagai “modal berceramah” antara punca mesyuarat MTPN Kedah tidak diadakan lebih setahun.

Katanya, berkata menteri besar Kedah itu juga dikatakan “tidak menjaga rahsia”, sambil menyifatkan Sanusi tidak tahu membezakan perkara berkaitan urusan negara dengan perbezaan politik.

Bagaimanapun, Sanusi menyifatkan alasan Saifuddin itu sebagai “mengada-ngada” kerana semua maklumat kerajaan akan sampai ke pengetahuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh menteri besar bila tiba masanya.

Beliau berkata menunggu peringkat itu hanya akan melambatkan pelaksanaan projek. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.