`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 19, 2024

Gelombang haba landa Perlis, Pokok Sena

 

MetMalaysia berkata gelombang haba atau Tahap 2 berlaku apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut di sesuatu kawasan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Gelombang haba berlaku di seluruh Perlis dan Pokok Sena, Kedah hari ini apabila bacaan suhu yang diklasifikasikan sebagai Tahap 2 direkodkan, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gelombang haba atau Tahap 2 berlaku apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut di sesuatu kawasan.

Menurut MetMalaysia terdapat 26 kawasan di Semenanjung berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap 1) iaitu di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar, sementara di Pulau Pinang melibatkan kawasan Timur Laut, dan Perak pula melibatkan Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta.

Di Pahang melibatkan Bentong, Raub dan Temerloh, sementara di Selangor kawasan terlibat ialah Kuala Selangor dan Sepang.

Turut berada pada Tahap 1 ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Rembau, Tampin dan Seremban), Alor Gajah di Melaka dan Johor (Segamat, Muar dan Batu Pahat) serta Kota Belud di Sabah.

Menurut MetMalaysia, tahap berjaga-jaga (Tahap 1) berlaku apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut di sesuatu kawasan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.