`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 19, 2024

Stoking kalimah Allah: pengasas KK Mart diberi amaran keras, syarikat ambil langkah elak isu berulang

 

Pengasas KK Mart, KK Chai, telah memohon maaf dan diberi amaran keras susulan kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) beri amaran keras kepada pengasas KK Mart, KK Chai, supaya isu penjualan stoking tertera kalimah Allah tidak berulang.

Ketua Pengarah Hakimah Mohd Yusof berkata KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dalam pertemuan semalam memberi penjelasan mengenai perkara itu, dan langkah-langkah untuk mengelakkan isu seumpamanya berulang.

Pihak syarikat juga bersetuju untuk mengkaji dan mengemaskini semula tatacara operasi standard syarikat, tambahnya.

“Jakim memberi peringatan kepada semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport untuk sentiasa cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum bagi mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Jakim menasihatkan semua pihak untuk tidak membangkitkan isu-isu lama yang menyentuh aspek 3R (agama, raja dan kaum), dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Rabu lalu, tular di media sosial berhubung penjualan stoking kalimah Allah di premis berkenaan selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Susulan itu, KK Mart kemudiannya tampil mohon maaf susulan kontroversi penjualan stoking itu di rangkaian serbaneka syarikat berkenaan.

Sebuah syarikat vendor sedang mempertimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal dari China berhubung stoking tertera kalimah Allah yang dibekalkan kepada KK Mart.

Syarikat itu berkata, pihaknya telah menghubungi pembekal berkaitan dan dimaklumkan bahawa stoking yang mencetuskan kontroversi itu termasuk dalam stok yang dibekalkan secara tidak sengaja. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.