`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 13, 2024

Isu tunggakan gaji, CEO MBI kata Kedah Agro ‘baharu dapat projek’

 

Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah Zafir Annuar Ghazali, berkata masalah gaji tertunggak dan caruman 24 pekerja Kedah Agro Holdings dijangka selesai secara berperingkat. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kedah Agro Holdings Berhad baharu sahaja menerima tawaran “projek perniagaan” dengan sejumlah pendapatan diterima kelak akan segera diguna membayar gaji kakitangan tertunggak, kata Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah Zafir Annuar Ghazali, berkata isu gaji tertunggak sedang diteliti pihaknya dan akan merujuk kepada kerajaan negeri bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.

Katanya, antara langkah segera perlu diambil ialah menangani isu kelewatan dan tunggakan gaji kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad, selain melihat peluang syarikat itu meneroka bidang perniagaan baharu.

“Kedah Agro Holdings Berhad baharu sahaja menerima tawaran projek perniagaan baharu, sekiranya semua urusan lancar, sejumlah pendapatan akan diterima Kedah Agro Holdings Berhad.

“Sumber baharu pendapatan ini akan segera digunakan untuk membayar gaji kakitangan yang tertunggak,” katanya menurut Berita Harian.

Zafir berkata, masalah yang timbul dijangka dapat diselesaikan secara berperingkat, termasuk caruman tertunggak kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Proses ini dijangka akan mengambil sedikit masa kerana membabitkan beberapa agensi berkaitan. Selebihnya, kita akan bincang dan putuskan dalam mesyuarat bagi mencari kaedah lain.

“Untuk caruman KWSP, komitmen itu adalah melalui kaedah bayaran ansuran yang diluluskan secara serahan cek tarikh tertunda berjumlah RM7,000 hingga RM36,000 setiap bulan,” katanya.

Hari ini, Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata notis oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah dikeluarkan kepada Kedah Agro Holdings Berhad berhubung tunggakan gaji kepada 24 pekerja.

Katanya, pihaknya memantau kes melibatkan syarikat itu, sambil menyatakan syarikat itu tidak membayar gaji 24 pekerja sejak September lalu.

Kedah Agro Holdings adalah anak syarikat milik MBI Kedah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.