`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 13, 2024

Segera penuhi aspirasi pengundi PN, Muhyiddin diberitahu

 

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak yakin Bersatu akan bertahan dalam landskap politik negara sehingga PRU akan datang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, sudah tiba masanya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin memenuhi aspirasi rakyat yang mengundi pakatan itu pada PRU15, terutamanya generasi muda.

Beliau mengingatkan Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, bahawa pengundi generasi muda terutamanya mahukan jaminan peluang pekerjaan serta taraf kehidupan yang lebih baik.

“Bagaimana mahu membantu pengundi anda dalam kalangan generasi muda? Mereka mahukan peluang pekerjaan, mereka mahu jaminan untuk mereka boleh meletakkan makanan di atas meja, mereka mahu menjalani kehidupan yang baik.

“Jadi apa yang kamu lakukan untuk membantu mereka? Apa faedah yang rakyat dapat daripada anda apabila anda menuduh PMX (Perdana Menteri Anwar Ibrahim) pluralisme dan tuduhan lain di Parlimen? Jawapannya tiada apa-apa,” katanya, lapor Harian Metro.

Syed Abu Hussin adalah antara enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap perdana menteri setakat Januari lepas.

Ahli Parlimen Bersatu lain yang menyatakan sokongan terhadap perdana menteri terdiri daripada Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Wakil rakyat penggal kedua itu turut mendakwa tidak yakin Bersatu akan bertahan dalam landskap politik negara sehingga PRU akan datang, walaupun menunjukkan prestasi memberangsangkan pada pilihan raya lalu.

Beliau berkata, prestasi baik Bersatu dalam PRU lepas bukan kerana parti itu kuat tetapi disebabkan kelemahan parti Melayu lain, khususnya dalam Barisan Nasional (BN), ketika itu.

“(Keadaan lemah BN ketika itu) menyebabkan pengundi Melayu mencari alternatif lain,” katanya.

“Keadaan sebegini mencetuskan gelombang (politik) (kebangkitan PN), yang tidak dijangka bukan sahaja dalam kalangan pemerhati politik tetapi juga orang dalam PN.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.